Judul : RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP...
link : RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP...
RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP...
PAS menuduh Datuk Dr Asri Zainul Abidin “mengelirukan umat Islam”, selepas mufti Perlis itu semalam mempersoalkan beberapa hujah penyokong undang-undang syariah dan hukum hudud di Malaysia.
Dalam responsnya, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali turut menasihati Asri supaya tidak membawa apa yang dipanggilnya “pandangan songsang” selaku seorang mufti.
“Janganlah berdiri sebaris dengan golongan berfikiran liberal yang berusaha memandulkan sebarang usaha memperkasakan agama Allah,” katanya.
Semalam, Asri ketika bercakap di forum hudud anjuran sebuah pertubuhan tajaan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, mengkritik penyokong undang-undang syariah yang menganggap pelaksanaan hukum hudud akan menunjukkan “keindahan Islam”.
“Apa yang salah sekarang ini kita beri gambaran pada dunia apa yang kita katakan keadilan, apabila dipotong tangan pencuri, disebat orang berzina, minum arak maka terlaksana keindahan Islam.
“Ini gambaran paling salah yang cuba diberikan sekelompok manusia termasuk IS. Tindakan itu hanya membenarkan dakwaan Presiden Amerika Donald Trump yang dunia Islam adalah dunia mengganas,” kata Asri pada forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud”, anjuran Angkatan Amanah Merdeka.
Menurutnya, wujud segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik, bukannya atas kecintaan terhadap agama.
Beliau turut melahirkan kebimbangan pelaksanaan syariah di Malaysia akan gagal seperti mana beberapa negara Islam lain seperti Pakistan dan Sudan.
SAMBUNG
Demikianlah Artikel RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP...
Sekianlah artikel RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU 355 : PAS TEGUR DR ASRI KERANA CAKAP... dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/ruu-355-pas-tegur-dr-asri-kerana-cakap.html