Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam

Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam
link : Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam

Baca juga


Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam

MALAYSIAKINI


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM42 bilion untuk tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perkastaman dan GST) JKDM Datuk Zulkifli Yahya berkata setakat ini kira-kira 433,000 syarikat didaftarkan di bawah GST sejak sistem percukaian baharu itu dikuat kuasa pada 1 April 2015.

"Tahun lalu kutipan GST adalah RM 41.2 bilion iaitu melebihi sasaran RM38.5 bilion dan pihak kami akan mengemas kini hasil kutipan dari semasa ke semasa.

"Kami juga akan mengadakan program bagi meningkatkan tahap pematuhan untuk pembayaran GST," katanya kepada pemberita selepas Program Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial, hari ini.

Turut hadir Pengarah JKDM Kelantan Mohd Nasir Yusoff dan Ketua UMNO Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasin.

Ditanya mengenai program berkenaan, Zulkifili berkata ia diadakan bagi memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir yang melanda negeri pantai timur baru-baru ini.

Zulkifli berkata sebanyak 420 keluarga menerima sumbangan berbentuk bekalan makanan bagi meringankan beban mangsa akibat bencana itu.- Bernama




Demikianlah Artikel Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam

Sekianlah artikel Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sasar kutip GST RM42b tahun ini, kata Kastam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/sasar-kutip-gst-rm42b-tahun-ini-kata.html

Subscribe to receive free email updates: