Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP

Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP
link : Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP

Baca juga


Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP

Astro Awani
 
 

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menyertai parti DAP.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media yang turut dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang di kediaman Zaid di Petaling Jaya.

“Saya ingin mengumumkan bahawa hari ini saya telah menyertai DAP. Saya telah bergiat lama dalam politik dengan satu prinsip yang tidak pernah berubah.

“Pemimpin mesti ikhlas dan bertanggungjawab dan berlaku adil. Jadi saya percaya DAP akan membantu dalam merealisasikan matlamat ini,” katanya dalam sidang media di kediamannya di Tropicana Golf Resort di sini pada Selasa.

Menurut Zaid, beliau tidak berhasrat untuk mendapatkan apa-apa jawatan dalam DAP.

Sebaliknya, beliau hanya mahu menjadi ahli biasa.

“Saya tidak berhasrat nak ada jawatan dalam parti DAP tetapi saya hanya nak menyumbang pada parti.
Saya nak, cukup saya cerita pada cucu yang saya berjaya lepaskan negara dari cengkaman mereka yang rakus,” ujar beliau.

Tegasnya, keputusan untuk menyertai DAP adalah atas kerelaannya sendiri dan bukan atas permintaan mana-mana pihak.

Beliau pada masa sama yakin akan dapat menarik sokongan orang Melayu menyertai parti itu.

“Saya tahu, sebahagian orang Melayu tidak boleh langsung mendengar nama DAP. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bekerja keras bersama-sama Pas untuk memupuk perasaan benci dan takut kepada parti ini di kalangan pengundi dan masyarakat Melayu.

“Tidak cukup untuk orang Melayu menyelamatkan diri mereka daripada cabaran semasa dalam dunia moden hanya dengan bercakap setiap masa tentang pahala ,dosa , halal ,haram dan poligami,” jelasnya.

Pada 2009, Zaid menyertai PKR dan bertanding di Hulu Selangor pada PRK 2010, namun kalah kepada calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan.

Beliau kemudian bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, namun menarik diri pada saat-saat akhir dan bertindak keluar parti.

Sebelum menyertai PKR, Zaid merupakan ahli UMNO dan pernah menjadi ahli parlimen Kota Bharu penggal 2004-2008.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 namun mengambil keputusan meletak jawatan beberapa bulan kemudian.

Pada 2010, beliau menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan kemudian meletak jawatan sebagai pemimpin parti itu.



Demikianlah Artikel Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP

Sekianlah artikel Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas UMNO, PKR dan KITA, Zaid kini sertai DAP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/selepas-umno-pkr-dan-kita-zaid-kini.html

Subscribe to receive free email updates: