Judul : Sikap Noh Omar sokong demo keranda dan van jenazah tidak masuk akal
link : Sikap Noh Omar sokong demo keranda dan van jenazah tidak masuk akal
Sikap Noh Omar sokong demo keranda dan van jenazah tidak masuk akal
MALAYSIA DATELINEPendirian Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar menyokong tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan demonstrasi dengan membawa keranda dan van jenazah di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor (SUK) disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Malah Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Muhammad Naqib Nasaruddin mempersoalkan pendirian Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana menyifatkan tindakan Jamal itu sebagai "bersesuaian".
"Tindakan Noh Omar itu boleh disifatkan seperti mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor.
"Adalah tidak masuk akal apabila seorang yang bertaraf menteri boleh menyokong tindakan yang seolah-olah mempermainkan agama itu malah mengganggu urusan jenazah dan proses-proses berkaitan," ujarnya.Noh Omar, tambah beliau perlu lebih peka kepada sensitiviti agama dan masyarakat kerana van jenazah dan keranda bukanlah barangan yang boleh dipersendakan.
"Adakah Noh Omar begitu lemah untuk menegur salah laku Jamal sehingga terpaksa menyokong tindakan tidak bertanggungjawab itu?" tegasnya.
Semalam Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Haris Kasim dalam satu kenyataan melahirkan rasa kesal di atas penyalahgunaan van jenazah tersebut.
Malah dalam siasatan awal Jais, Jamal yang sedang menghadapi tuduhan merompak secara berkumpulan telah memanipulasi dan mengambil kesempatan di atas pihak yang menguruskan van jenazah.
"Justeru saya sarankan Noh Omar untuk memohon maaf bagi pihak Jamal di atas ketelanjuran Jamal dan saya cabar Umno Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal," ujar Naqib.
Demikianlah Artikel Sikap Noh Omar sokong demo keranda dan van jenazah tidak masuk akal
Sekianlah artikel Sikap Noh Omar sokong demo keranda dan van jenazah tidak masuk akal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sikap Noh Omar sokong demo keranda dan van jenazah tidak masuk akal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/sikap-noh-omar-sokong-demo-keranda-dan.html