Judul : Sita berus bulu babi: Menteri sanggah dakwaan DAP
link : Sita berus bulu babi: Menteri sanggah dakwaan DAP
Sita berus bulu babi: Menteri sanggah dakwaan DAP
Yap Jia HeePegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuasa menyita berus cat bulu babi yang tidak dilabel bahan buatannya, kata menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
"Kita dah buat serbuan dan siasatan masih dijalankan, kita akan umum tindakan selanjutnya selepas ini.
"Kalau kita tak ada kuasa, kita tak rampas," kata Hamzah semasa sidang media hari ini selepas hadir program mengenai kesedaran pengguna di kementeriannya.
Katanya, berus cat bulu babi tidak akan dirampas jika peniaga melabel dengan jelas bahan buatannya termasuk komponen babi mengikut peraturan.
Mengenai inisiatif Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia yang telah mengarah ahlinya menampal perkataan 'tidak halal' di berus cat bulu babi sebagai langkah pencegahan awal, menteri tersebut mengalu-alukan langkah itu.
"Kenapa tidak, kalau mereka boleh buat itu (tampal perkataan tidak halal) sangat bagus. Saya pun nak bantu bukan hanya pengguna tetapi juga peniaga.
"Walaupun langkah ini (tampal perkataan tidak halal) tidak termaktub dalam undang-undang, ia merupakan satu etika perniagaan dan langkah ke depan," kata Hamzah.
Sita 2003 berus setakat ini
Sementara itu, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata, peraturan yang dimaksudkan oleh menteri itu ialah Perintah Perihal Dagangan (Barang-Barang Yang Diperbuat Daripada Mana-Mana Bahagian Babi Atau Anjing) 2013.
Mengikut tafsiran peraturan yang ditunjukkan oleh Roslan kepada wartawan, peraturan itu menyebut bahawa mana-mana orang dalam perjalanan perniagaan mempamerkan apa-apa barang yang diperbuat daripada mana-mana bahagian babi atau anjing hendaklah:
(a) Mempamerkan secara berasingan daripada barang-barang lain, dan
(b) Membuat penandaan dengan ungkapan yang jelas 'Diperbuat Daripada Babi' atau 'Diperbuat daripada Anjing'.
Bagaimanapun, tafsiran peraturan yang ditunjukkan oleh Roslan itu tidak menjelaskan bidang kuasa pegawai penguatkuasa KPDNKK dalam hal ini.
Namun, Roslan menegas sekali lagi bahawa pegawai penguatkuasa KPDNKK berkuasa untuk menyita berus cat bulu babi yang melanggar peraturan.
"Kalau mereka label dan asingkan (berus cat bulu babi), maka mereka tidak salah," katanya.
Katanya juga, bahagian penguatkuasa KPDNKK akan teruskan operasi pemeriksaan selepas ini.
Mengikut Roslan, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas 157 kedai dan menyita 2003 berus cat bulu babi yang jumlah nilainya RM10988.94 sehingga 7 Februari 2017.
Katanya juga, beliau telah menerima surat daripada Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia dan beliau akan menentukan masa untuk berdialog dengan mereka.
Terdahulu, Bernama melapor KPDNKK menyita lapan berus cat pelbagai jenis dipercayai diperbuat daripada bulu babi di tiga premis menjual perkakasan binaan, dalam satu operasi di sekitar bandar raya ini.
Semalam, Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh mempertikaikan Perintah Perihal Dagangan (Barang-Barang Yang Diperbuat Daripada Mana-Mana Bahagian Babi Atau Anjing) 2013 tidak memberi kuasa kepada KPDNKK untuk menyita, merampas atau menghalang peniaga menjual.
Demikianlah Artikel Sita berus bulu babi: Menteri sanggah dakwaan DAP
Sekianlah artikel Sita berus bulu babi: Menteri sanggah dakwaan DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sita berus bulu babi: Menteri sanggah dakwaan DAP dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/sita-berus-bulu-babi-menteri-sanggah.html