Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat

Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat
link : Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat

Baca juga


Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat

ARIF ATAN
 
 
Ammar Atan ketika sidang media di Wisma Amanah Negara semalam.Ammar Atan ketika sidang media di Wisma Amanah Negara semalam.

Pemuda Amanah Nasional bimbang pengumuman Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) tentang skim pembiayaan baharu bagi pembelian rumah pertama mendorong ke arah pembentukan 'masyarakat penghutang'.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahannya, Ammar Atan berkata, Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang diperkenalkan pada 13 Februari lalu dibimbangi menggalakkan rakyat memiliki kediaman secara tidak berhemah ketika kadar hutang isi rumah di negara ini berbanding pendapatan boleh guna antara yang tertinggi di dunia iaitu mencecah 140 peratus.
"Skim SPEF ini biarpun murni daripada segi niatnya, secara tidak langsung akan menyumbang ke arah peningkatan hutang isi rumah. SPEF melayakkan pembeli PR1MA untuk meminjam jauh lebih banyak berbanding pinjaman konvensional.
"Jika sebelum ini jumlah pinjaman yang di bawah sistem konvensional adalah rendah kerana telah mengambil kira “kesihatan” kewangan peminjam. Jadi, relevankah untuk amaun pinjaman ditingkatkan dengan banyak hanya untuk membeli seunit rumah?" soalnya dalam satu sidang media di Wisma Amanah di ibu negara, 15 Februari lalu.

Bukan itu sahaja, beliau berkata, Nisbah Khidmat Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) di bawah SPEF adalah 70 peratus berbanding purata hanya 60 peratus mengikut pinjaman konvensional sekaligus menyebabkan peminjam menanggung lebih banyak hutang berbanding pendapatannya.

"Berdasarkan analisa yang dijalankan, kami mendapati melalui skim ini,  pembeli PR1MA terpaksa menerima kadar faedah lebih tinggi iaitu 4.75 peratus berbanding purata pasaran iaitu 4.45 peratus.

"Dengan andaian harga seunit rumah adalah RM 400,000 dan kadar pinjaman 35 tahun, ansuran bulanan akan lebih tinggi sebanyak RM75. Dalam tempoh 35 tahun, pembeli akan membayar hampir RM32,000 secara lebihan," hurai Ammar lagi.



Demikianlah Artikel Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat

Sekianlah artikel Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skim diperkenal PR1MA tambah hutang rakyat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/skim-diperkenal-pr1ma-tambah-hutang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :