Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat

Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat
link : Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat

Baca juga


Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat

DR AZMAN IBRAHIM



 
JARUM jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mengikut jadual, peserta dari Terengganu diarahkan berkumpul di hadapan SOGO jam 3 petang.

Tiga jam lebih awal dari waktu yang sepatutnya, orang ramai terutama peserta Terengganu berpakaian ungu mula memenuhi perkarangan SOGO.

Ia gambaran semangat berkobar-kobar para peserta yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda. Paling terharu apabila melihat sekumpulan Mat Rock dengan fesyen rambut gaya Alleycats turut berpakaian ungu menandakan hati mereka turut bersama untuk melihat syariat Islam diperkasakan.

Anak-anak kecil lena di atas dukungan dengan baju ungu.

Orang tua bertongkat juga tak ketinggalan.

Setakat ini kelihatan hanya Jefri Chua, Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu adalah peserta bukan Melayu tunggal yang hadir di hadapan SOGO. Yang lain adalah umat Melayu Islam menunjukkan kesatuan hati dan tubuh mereka untuk berada di sini demi satu matlamat. Menyokong pindaan Akta 355!

Dalam perjalanan dari Jabi melalui jalan Gua Musang-Bentong-KL malam tadi, ketika berhenti rehat di Hentian Gua Musang, limpahan manusia dapat disaksikan. Sepanjang saya menggunakan jalan raya Gua Musang-KL, sejujurnya inilah kali pertama saya melihat manusia ramai sejumlah ini.

Solat subuh di Masjid Bandar Bentong bagaikan solat Jumaat. Cuma beza kerana tidak ada khutbah Jumaat disampaikan. Saya yakin Tok Imam pun terkejut dengan bilangan makmum yang bersolat di belakang beliau pagi tadi.

Jam 3 petang nanti peserta Terengganu akan mula berarak secara santai dan aman menuju padang Merbok. HARAKAHDAILY



Demikianlah Artikel Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat

Sekianlah artikel Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Subuh di Masjid Bentong macam solat Jumaat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/subuh-di-masjid-bentong-macam-solat.html

Subscribe to receive free email updates: