Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna

Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna
link : Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna

Baca juga


Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah disalahguna untuk tujuan demonstrasi atau yang tiada kaitan dengan urusan berkenaan.
 
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, baginda bertitah kenderaan berkenaan adalah untuk membawa urusan jenazah sahaja.
 
Baginda turut meminta pihak yang dipertanggungjawabkan menjaganya dengan baik dan tidak menyalahgunakannya.
 
“Adalah saya dengan hormatnya menyampaikan titah DYMM Sultan Selangor kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Masjid atau Ahli majlis Jawatankuasa Kariah yang bertanggung jawab dengan kenderaan jenazah di seluruh Selangor ini, supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan mereka dan memanfaatkan kenderaan jenazah untuk urusan membawa jenazah sahaja.
 
“Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah gunakan selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tidak kena mengena dengan urusan pengendalian jenazah,” katanya.
 
Sultan Sharafuddin bertitah, tindakan itu hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kereta jenazah yang tidak sepatut dilakukan.
 
Sehubungan itu, baginda mahu pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah mengambil maklum dan mematuhi titahnya.
 
Walaupun tidak menyebut sebarang nama atau individu, adalah jelas kenyataan baginda ditujukan kepada tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membawa 15 van jenazah ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 14 Februari lalu.
 
Jamal turut membawa keranda dan berpakaian seperti penggali kubur dan mempertikaikan beberapa program negeri, termasuk Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.
 
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pemimpin Umno itu yang “mengeksploitasi” aset masjid untuk tujuan demonstrasi.
 
Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, tindakan Jamal bersama penyokongnya telah mencemarkan kemuliaan institusi masjid.
 
 


Demikianlah Artikel Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna

Sekianlah artikel Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Selangor tak berkenan van jenzah disalahguna dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/sultan-selangor-tak-berkenan-van-jenzah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :