Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq

Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq
link : Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq

Baca juga


Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq

THE MALAYSIAN TIMES

SultanIbrahim-Mahathir


KUALA LUMPUR: Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menepis mana-mana dakwaan mengatakan Pengerusi partinya itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ‘nyanyuk’. 

Kata Syed Saddiq, beliau akui Tun Mahathir sudah berusia tetapi jauh sekali daripada nyanyuk. 

“Pemikirannya masih lagi tajam. Beliau boleh mengingati sejarah seperti beliau seorang sejarahwan. Beliau boleh mengatur strategi lebih baik daripada perangka strategi. Beliau boleh bertempur lebih baik dari pahlawan. 

“Tun adalah Tun,” kata Syed Saddiq. 

Tambahnya lagi, beliau juga akui beliau tidak setuju dengan semua perkara yang dilakukan oleh Tun Mahathir semasa menjadi perdana menteri dulu tetapi itu tidak bermakna segala jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh Tun Mahathir perlu diketepikan. 

“Mereka yang mengenali saya tahu sebelum ini saya bukan lah peminat “tegar ” Tun Dr Mahathir.

“Saya tidak setuju apabila Tun memperkasakan AUKU, menyalahgunakan ISA dan melemahkan struktur demokrasi negara.

“Walaupun tidak bersetuju, ia tidak membutakan mata saya untuk mengiktiraf jasa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir dalam mentransformasi Malaysia daripada negara berasaskan pertanian kepada negara pembuatan (manfacturing).

“Daripada sebuah negara yang tidak dikenali kepada sebuah negara yang dirahmati dengan peluang dan potensi tidak terbatas. 

“Bagi mereka yang mahukan saya mengkhianati Sultan saya, saya minta maaf, ia tidak akan berlaku,” ujarnya. 

Oleh itu, beliau menganggap teguran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang meminta ahli politik luar tidak mencampuri urusan dalaman negeri ber­kenaan adalah sama seperti yang difikirkan oleh Tun Mahathir iaitu memikirkan apa yang terbaik untuk negara ini. 

“Sama seperti transformasi yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir, saya percaya Sultan Johor juga telah melakukan perkara yang sama. 

“Johor yang menghormati setiap individu tidak kira agama atau pun bangsa. Johor yang berkemajuan. Johor yang cemerlang & gemilang.

“Ini adalah dua aset negarawan di Malaysia. Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api.

“Sebaliknya, lebih baik kita fokus untuk memperbaiki negara kita yang tercinta ini,” katanya. 



Demikianlah Artikel Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq

Sekianlah artikel Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak perlu untuk kita tuangkan minyak tanah dalam api – Syed Saddiq dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/tak-perlu-untuk-kita-tuangkan-minyak.html

Subscribe to receive free email updates: