Judul : Teruja lihat lautan 'purple' banjiri Kuala Lumpur
link : Teruja lihat lautan 'purple' banjiri Kuala Lumpur
Teruja lihat lautan 'purple' banjiri Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Seluruh ahli parlimen Malaysia sama ada muslin atau non-muslim diseru agar menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta 355 yang akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada bulan Mac nanti.
Mohd Nordin Hamdan, 48, dari Kg Rahmat, Chalok, Setiu berkata, dia amat teruja apabila melihat lautan manusia 'purple' memenuhi sekitar Padang Merbok.
"Apabila sampai di sini (Sogo), saya begitu teruja dengan begitu ramai lautan manusia yang memenuhi kawasan sekitar Sogo bagi menunggu isyarat untuk berarak secara aman menuju ke Padang Merbok.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program himpunan menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta 355, di sini.
Menurutnya lagi, Akta 355 yang bakal dibentangkan Ahli Parlimen Marang itu hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja dan ianya tidak sekali-kali melibatkan non-muslim.
Justeru itu katanya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang apabila ia diluluskan kelak.
Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana menjadi salah seorang peserta dalam himpunan raksasa yang diadakan di Padang Merbok itu.
"Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam agar menyokong usul pindaan Akta RUU 355 ini.
"Saya berharap para peserta dapat menunjukkan akhlak yang baik sepanjang perhimpun ini nanti dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur," ujarnya. - HARAKAHDAILY
Demikianlah Artikel Teruja lihat lautan 'purple' banjiri Kuala Lumpur
Sekianlah artikel Teruja lihat lautan 'purple' banjiri Kuala Lumpur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Teruja lihat lautan 'purple' banjiri Kuala Lumpur dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/teruja-lihat-lautan-purple-banjiri.html