Judul : USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG?
link : USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG?
USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG?
shahbudindotcom
Seorang pakar syariah yang pernah berkhidmat sebagai penyemak penerbitan Islam dan penulis fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertikaikan cadangan PAS mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah, menyifatkan ia “produk politik” untuk meraih sokongan umat Islam.
Nurul Haq Shahrir, kini sebahagian panel Transformasi Undang-Undang Islam di bawah Majlis Dakwah Negara, menepis dakwaan kononnya cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355, bertujuan menegakkan syiar Islam.
“Malah, ia bertentangan dengan Islam dan tidak ada kena mengena dengan syariah,” kata pakar fiqh Islam yang juga menguasai bidang perbandingan antara agama.
Hakikatnya, kata Nurul, usul Hadi yang bertujuan membenarkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas pesalah Islam bertentangan dengan roh syarak seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah.
Nurul menyokong hujahnya berpandukan pelbagai kitab turath sarjana fiqh muktabar, dan menjelaskan hukuman tidak pernah menjadi matlamat perundangan Islam, sebaliknya nilai belas kasihan adalah tema utama dalam Syariah Islam.
Meskipun sesuatu undang-undang Islam digubal berdasarkan tafsiran Al-Quran dan Sunnah, Nurul berkata pelaksanaannya tidak boleh mengenepikan aspek “manfaat, keadilan, rahmah dan kebijaksanaan”.
Beliau memetik gambaran Al-Quran mengenai Nabi Muhammad sebagai “rahmat kepada seluruh alam”.
“Berdasarkan gambaran itu, dan banyak sumber kitab yang lain, boleh diandaikan bahawa rahmah merupakan matlamat keseluruhan syariah. Atas sebab itulah, pakar undang-undang Islam, untuk semua tujuan dan maksud, meletakkan syariah seiring dengan maslahah awam.
“Oleh kerana rahmah merupakan pemicu kepada hukum syarak, jelas ia tidak akan tercapai jika orang Islam yang menguatkuasakannya tidak disemaikan dengan sifat penting itu,” kata Nurul.
Beliau menambah, pindaan yang dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat jelas bertentangan dengan tuntutan syarak tersebut.
Katanya, sikap tergesa-gesa mengenakan dan meningkatkan hukuman tidak selari dengan "rahmat Tuhan."
"Oleh itu, pindaan kepada Akta 355 yang mahu mengenakan hukuman yang lebih berat adalah bertentangan dengan syarak."
Beliau berkata, sekiranya syariah diperakui sebagai manifestasi rahmah dan keadilan, cadangan Hadi untuk menghadkan skop undang-undang kepada orang Islam menunjukkan sikap hipokrit.
“PAS dan Hadi mahu menjadikan orang Islam mangsa demi kepentingan politik mereka.
“Mereka tidak telus dengan kepercayaan mereka. Ini kerana skop syariah, yang berdasarkan kepada ‘keadilan’, tidak mengecualikan orang bukan Islam dan tidak pernah terhad kepada orang Islam sahaja.”
Beliau berkata ciri utama undang-undang Islam yang sering diperkatakan – mengutamakan kepentingan awam – menunjukkan syariah bukan sekadar berdasarkan keimanan Islam tetapi juga nilai murni yang diamalkan bukan Islam.
“Ini bermakna undang-undang digubal berdasarkan kepada maslahah awam dan nilai sejagat yang tidak khusus kepada Islam sahaja, kerana maslahah awam diketahui secara rasional dan uruf dan juga dikecapi oleh orang bukan Islam.
“Semuanya menjurus kepada matlamat utama syariah, iaitu belas kasihan,” kata Nurul, yang mempelajari bidang perbandingan agama dan menguasai 7 bahasa termasuk bahasa Arab, Yunani, Ibrani dan Latin.
Berita diatas dipetik daripada portal FMT hari ini. Hujah dan perspektif lain yang dibentangkan oleh Nurul Haq Shahrir ini amat menarik dan pasti lebih membuka minda kita.
Apa komen serta reaksi pemimpin Pas, UMNO, tokoh agama, para mufti dan mereka yang pakar dalam bidang agama mengenai hujah yang dilontarkan oleh Nurul Haq Shahrir itu?
Masihkah perlu usul Akta 355 itu disokong? Demikianlah Artikel USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG?
Sekianlah artikel USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel USUL HADI LANGGAR SYARIAH DAN HANYA "PRODUK POLITIK", PERLUKAH TERUS DISOKONG? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/usul-hadi-langgar-syariah-dan-hanya.html