Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal

Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal
link : Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal

Baca juga


Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Van jenazah tidak sepatutnya dijadikan bahan politik individu tidak bertanggungjawab seperti Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunus, tegas wakil rakyat DAP.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, van jenazah adalah aset masjid bertujuan memudahkan urusan kematian atau pengebumian ahli kariah dan masyarakat Islam setempat.

Katanya, kebanyakan van berkenaan merupakan hasil sumbangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri mahupun dibeli menerusi sumbangan orang awam.

“Perkara ini serius kerana rakyat Selangor seringkali diingatkan bahawa institusi agama Islam tidak boleh dijadikan medan berpolitik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Maka, harta masjid seperti van jenazah tidak boleh sewenang-wenangnya disalahgunakan Jamal untuk agenda politiknya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

lau-weng-san

Beliau turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan masjid mahupun individu yang bersengkongkol dengan Jamal.

Semalam, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim menyatakan rasa kesal pihaknya dengan tindakan manipulasi Jamal terhadap pengurusan masjid.

Katanya, terdapat individu yang mendakwa wakil Gabungan NGO Selangor menghubungi masjid untuk menyewa van jenazah bagi sesi penggambaran, kempen anti judi, pameran dan lain-lain.

“JAIS mohon semua Ahli Jawatankasa Masjid untuk lebih berhati-hati, pada masa hadapan bagi mengelak eksploitasi sama.

“Semak terlebih dahulu program bakal dilaksanakan mana-mana pihak membabitkan institusi masjid supaya tidak disalahgunakan lagi,” katanya.-nR-



Demikianlah Artikel Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal

Sekianlah artikel Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Van jenazah tak patut jadi mangsa politik Jamal dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/van-jenazah-tak-patut-jadi-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :