Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura?

Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura?
link : Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura?

Baca juga


Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura?

DETIK DAILY



SINGAPURA: Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden Singapura (Pindaan) diluluskan Parlimen pada Isnin dengan sokongan majoriti selepas hampir 3 jam dibahaskan 8 ahli Parlimen.

Pilihan raya presiden Singapura akan datang yang akan diadakan pada September tahun ini adalah sesuatu yang unik memandangkan ia diperuntukkan kepada calon orang Melayu selepas Yusof Ishak menjadi presiden Singapura yang pertama hampir 50 tahun lalu.

Topik siapa yang akan menjadi calon daripada masyarakat minoriti Melayu timbul semula.

Bolehkah Halimah Yacob, wanita pertama Speaker Parlimen juga menjadi wanita pertama Presiden Singapura.

Ini boleh menjadi satu perkembangan yang unik bagi sejarah pilihan raya presiden Singapura.

Semasa membahaskan Rang Undang-Undang itu, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing tersasul dan menyapa Halimah sebagai “Puan Presiden” dan bukannya “Puan Speaker”.

Kejadian itu berulang 2 kali, dan mendapat respons menggalakkan di kalangan ahli Parlimen dan selepas itu ia menjadi tular di internet dengan ada warga internet yang membalasnya dengan tajuk “Rakyat Singapura mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana menjadi presiden yang baharu”.

Pada waktu berita ini ditulis, Halimah masih belum menunjukkan sebarang minat untuk bertanding.

Bagaimanapun, tidak ada isu untuk beliau bertanding seolah-olah calon minoriti meninggalkan kawasan perwakilan kumpulannya (GRC), satu pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

Perkara itu disahkan Chan memandangkan Halimah – sebagai satu contoh – merupakan anggota minoriti GRC Marsiling-Yew Tee.

Selain Halimah, beberapa tokoh masyarakat Melayu bagi sektor awam dan swasta dilihat calon berpotensi yang disebut-sebut akan menang.

Bekas menteri dan Speaker Parlimen Abdullah Tarmugi juga disebut-sebut sebagai calon berpotensi.

Abdullah – yang merupakan sebahagian daripada sembilan anggota Suruhanjaya Perlembagaan yang menyemak semula pemilihan Presiden – dilaporkan berkata beliau tidak memikirkan sangat untuk bertanding, dan beliau digalakkan rakan-rakannya untuk berbuat demikian.

Menteri yang ada ketika ini seperti Yaacob Ibrahim dan Masagos Zulkifli, dan bekas ahli Parlimen Zainul Abidin Rasheed juga dikenal pasti sebagai calon berpotensi.

Satu laporan berkata calon berpotensi dari sektor swasta termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank of Singapore Bahren Shaari dan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Po’ad Mattar.

Bukan sahaja rakyat Singapura, rakyat Malaysia juga memberi perhatian dengan perkembangan di republik ini.

Dalam temu bual dengan Bernama pada November tahun lepas, Perdana Menteri Lee Hsien Loong ditanya sama ada beliau mempunyai calon sedemikian dalam fikirannya.

“Dalam fikiran kami, tidak ada sesiapa secara khusus, tetapi kami tahu ada orang yang layak,” katanya.
Lee menjelaskan “tidak ada sesiapa yang disenaraipendekkan.”

“Ia bergantung pada siapa yang tampil ke hadapan. Bukan urusan kerajaan untuk mengaturnya. Calon itu sendirilah yang perlu tampil ke depan,” jelasnya.

Lee mencadangkan pindaan kepada Perlembagaan yang antara lain menyaksikan “model cetusan hitus” yang dibuat bagi memastikan perwakilan bersifat pelbagai kaum dalam pejabat presiden.

Ia diluluskan pada 9 Nov 2016 dengan ahli Parlimen mengundi memihak kepada cadangan kerajaan untuk membuat satu perubahan kepada pemilihan bakal Presiden dengan 77 ahli Parlimen menyokong dengan 6 lagi menolak.

Singapura melalui 5 penggal tanpa seorang Melayu dipilih menjadi presiden selepas Yusof Ishak yang berkhidmat sejak 1965 hingga 1970.

Tempoh penggal presiden ketika ini Tony Tan Keng Yam tamat pada 31 Ogos.



Demikianlah Artikel Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura?

Sekianlah artikel Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Melayu pertama – bakal presiden Singapura? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/wanita-melayu-pertama-bakal-presiden.html

Subscribe to receive free email updates: