Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina

Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina
link : Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina

Baca juga


Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina

ASTRO AWANI

Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina
AZALINA: Terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang disiarkan media. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang terpapar dalam Tentatif Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 7 Mac 2017 seperti yang disiarkan media semalam.

Menurutnya, usul yang dipaparkan itu adalah usul lama tanpa pindaan dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah memberitahu bahawa ia adalah satu kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

"Saya juga telah menerima surat permohonan maaf daripada Setiausaha Dewan Rakyat atas kesilapan tersebut.

"Pihak Parlimen akan menggantikan usul berkenaan dengan usul baharu sebagaimana dipinda Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat pada 24 November 2016 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat muktamad pada 7 Mac iaitu Selasa depan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam menyiarkan versi asal usul Abdul Hadi yang juga presiden PAS bagi membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, telah berada dalam Peraturan Mesyuarat Parlimen tanpa sebarang pindaan yang dibuat pada November lalu.

Cadangan meminda RUU 355 itu buat kali pertama dibawa ke Dewan Rakyat pada Mei 2016 dan usul itu sekali lagi dibaca Abdul Hadi pada 24 Nov tahun lepas.

Usul pindaan itu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah antara lain menaikkan had hukuman penjara kepada 30 tahun, denda hingga RM100,000 dan maksimum 100 kali sebatan.
 
Hukuman syariah sekarang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda hingga RM5,000 dan maksimum enam kali sebatan. Usul pindaan itu dijangka bakal dihuraikan lebih lanjut pada sesi persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula pada 7 Mac ini. -- BERNAMA 
 
 


Demikianlah Artikel Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina

Sekianlah artikel Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/berlaku-kesilapan-teknikal-ruu355-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :