Judul : BERSIH hormat buah fikiran ahli, kata Maria
link : BERSIH hormat buah fikiran ahli, kata Maria
BERSIH hormat buah fikiran ahli, kata Maria
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menghormati pandangan anggota sekretariat badan pemantau pilihan raya itu, Mandeep Singh Karpal yang menulis artikel mengkritik pembangkang.
Malah beliau menegaskan badan itu tidak akan memecat Mandeep kerana prinsip BERSIH adalah mendokong hak kebebasan bersuara.
"Saya rasa ini bukan masalah yang besar. Itu pandangan dia sendiri, tak ada kaitan dengan kerja dia. Kalau orang bagi pandangan yang kita tak suka, maknanya kita (BERSIH) tak perlu ambil pekerja," katanya kepada Antarapos.
Ujar beliau lagi, penulisan Mandeep itu tidak mewakili BERSIH, sebaliknya hanyalah pandangan peribadi.
Dalam artikel Mandeep yang diterbitkan Rabu lalu, beliau membidas pembangkang yang gagal bersatu dan tanpa kepimpinan yang jelas.
Malah katanya tidak mustahil pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad akan datang atau mungkin lebih.
Ia berikutan sikap yang diambil pembangkang yang berpecah belah dan saling bercakaran sesama sendiri.
Kata-kata itu menyusul selepas Mandeep menyifatkan penyelesaian atau pelajaran terbaik bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kepada pembangkang adalah sebagaimana situasi sebelum 7 Mac 2008, dimana mereka tidak mempunyai sebarang negei, GLC atau kuasa.
Untuk rekod pada PRU12 pada 2008 lalu, pembangkang yang dikenali Pakatan Rakyat (PR) pada ketika itu berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri dikuasai mereka.
Demikianlah Artikel BERSIH hormat buah fikiran ahli, kata Maria
Sekianlah artikel BERSIH hormat buah fikiran ahli, kata Maria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BERSIH hormat buah fikiran ahli, kata Maria dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/bersih-hormat-buah-fikiran-ahli-kata.html