DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa

DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa
link : DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa

Baca juga


DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa


Kerajaan didesak melantik pendakwa raya khas bagi mengendalikan isu S Balamurugan yang mati dalam lokap polis supaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) boleh membuat pendakwaan bagi kes tersebut.

Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata kerajaan dilihat bersikap lepas tangan dalam isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak akan membentuk jawatankuasa bagi menyiasat kes tersebut.

Sebaliknya, kata Ahmad Zahid, kerajaan menyerahkan kes itu kepada Polis Diraja Malaysia dan juga EAIC untuk menjalankan siasatan.

“Saya tulis (surat) kepada Datuk Zahid di parlimen dan bertanya sama ada kerajaan akan lantik jawatankuasa siasat pembunuhan atau kematian Balamurugan di lokap, tapi dia (Zahid) kata kerajaan tidak akan bentuk jawatankuasa (sebaliknya) beri polis dan juga EAIC siasat.

“Ini merupakan sikap lepas tangan kerana kita tahu proses jawatankuasa dibentuk polis adalah supaya siasatan dalaman dan kebertanguungjawaban dapat dijalankan, (jika tidak) tidak ada siapa yang tahu hasil terakhir proses itu,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Balamurugan, 44, ditahan dalam sebuah kereta yang dinaiki bersama dua lelaki lain, dan salah seorang daripada mereka dikehendaki polis kerana kes rompakan.

Dia disahkan mati di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang tiga hari selepas ditahan di situ.

Kumpulan hak asasi manusia, Suaram, menggesa pegawai penyiasat yang terlibat dalam kes kematian tahanan Balamurugan digantung tugas.

EAIC pula sebelum ini berkata pihaknya akan menyiasat kes kematian tersebut.

Mengulas lanjut, wakil DAP itu berkata, EAIC kini hanya boleh membuat cadangan kepada pihak berkuasa dan tidak mempunyai kuasa di peringkat penguatkuasaan dan pendakwaan.

“EAIC boleh buat cadangan tapi tidak ada keupayaan untuk penguatkuasaan. (Oleh sebab itu) mereka tidak akan ke mana.


"Kita minta pendakwa raya untuk bekerja dengan EAIC bagi membolehkan pelakunya dibawa ke mahkamah,” katanya.


Demikianlah Artikel DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa

Sekianlah artikel DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP mahu EAIC diberi kuasa mendakwa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/dap-mahu-eaic-diberi-kuasa-mendakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :