Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat

Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat
link : Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat

Baca juga


Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat


Penganalisis politik berbeza pendapat sama ada Ketua Audit Negara yang baru dilantik Tan Sri Madinah Mohamad, patut kekal menyandang jawatan itu memandangkan beliau didedahkan sebagai ahli Umno Kepong.

Ada yang mengatakan bahawa pegawai atasan Jabatan Audit Negara perlu menjadi 'non-partisan' manakala yang lain berpendapat bahawa fahaman politik beliau tidak sepatutnya menjadi masalah, selagi peraturan dan undang-undang membenarkannya.

"Kita perlu melihat apa yang Perintah Am untuk perkhidmatan awam dan undang-undang kata mengenainya. Jika perintah am kata pegawai atasan boleh menjadi ahli parti, mengapa (kita) mempersoalkan beliau?" kata Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Majlis Profesor Negara (MPN).

Ia hanya akan menjadi satu isu jika Perintah Am melarang pegawai atasan daripada mengambil bahagian dalam politik, katanya kepada Malaysiakini.

"Marilah kita bersikap objektif mengenai perkara ini. Adalah tidak adil terhadap beliau jika anda menghakiminya malah sebelum beliau memulakan tugasnya," katanya.

Tambahnya, tidak ada asas dalam mempersoalkan integriti Madinah sekarang jika tidak ada isu yang dibangkitkan terhadapnya ketika beliau berkhidamat sebelum ini sebagai ketua setiausaha di dua kementerian.

"Beri beliau peluang untuk menyumbang, dan bukannya memberi persepsi (negatif) terhadap beliau," katanya.

Pelantikan Madinah telah membangkitkan persoalan sejak dua minggu lalu kerana kekurangan latar belakang dalam bidang kewangan dan perakaunan, serta keahliannya dalam Umno.

Dilaporkan bahawa suami Madinah, Ketua Umno bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid, telah pada 2015, pernah mendakwa sanggup "mati" demi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia juga dikatakan bahawa Najib telah campur tangan apabila bank cuba mengisytiharkan Rizuan sebagai muflis.

Sementara itu, Faisal Hazis, ketua Pusat Pengajian Asia, Universiti Kebangsaan Malaysia, berpendapat bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan secara serius untuk menggantikan Madinah dengan pegawai kanan yang lain.

Walaupun jika beliau keluar Umno, katanya, Madinah masih akan dianggap sebagai memihak kepada parti pemerintah.

"Ketua audit negara adalah badan pemantau kerajaan. Oleh itu, pegawai awam yang memegang jawatan ini harus kekal sebagai non-partisan. Dia harus bertindak secara bebas dan dilihat sebagai bebas," katanya.

Faisal mengimbau isu yang timbul apabila Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang juga bekas bendahari Umno Kelantan, dilantik sebagai peguam negara.

"Kami melihat berulangnya masalah yang sama," katanya.

Sementara itu, dalam mempertahankan hak penjawat awam untuk mengambil bahagian dalam politik, penganalisis politik Tang Ah Chai berkata, adalah lebih baik jika pegawai tinggi kerajaan adalah non-partisan.



Demikianlah Artikel Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat

Sekianlah artikel Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua audit ahli Umno: Penganalisis berbeza pendapat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/ketua-audit-ahli-umno-penganalisis.html

Subscribe to receive free email updates: