Judul : Korea Utara perlu hormati negara lain, kata TPM
link : Korea Utara perlu hormati negara lain, kata TPM
Korea Utara perlu hormati negara lain, kata TPM
ANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan Korea Utara perlu belajar menghormati negara lain dan melihat kepentingan masyarakat antarabangsa dalam menyelesaikan isu kematian Kim Jong-nam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, negara berkenaan tidak boleh melihat kes itu sebagai isu dalaman semata-mata kerana ia turut membabitkan masyarakat antarabangsa dan hubungan pelbagai negara.
"Korea Utara perlu menghormati hubungan diplomatik antarabangsa. Bagi mereka ia (kes Jong-nam) bukan berkaitan isu antarabangsa tetapi sebagai isu mereka. Saya fikir Korea Utara perlu belajar menghormati negara lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tertutup di Bangunan UMNO Sabah, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas pengusiran Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, semalam.
Katanya, walaupun keputusan pengusiran itu dikeluarkan Kementerian Luar, ia adalah keputusan Kabinet.
"Ia sebenarnya keputusan dibuat oleh Kabinet dan saya fikir kita sudah beri mesej yang jelas kepada kerajaan Korea Utara, kita serius menyelesaikan masalah ini dan tidak mahu ia dimanipulasi.
"Pendirian duta (Kang Chol) menunjukkan mereka cuba untuk memanipulasi isu itu. Kita lakukannya secara profesional dari segi penyiasatan saksi, termasuk beberapa bukti yang kita jumpa melalui DNA, forensik, kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi, juga beberapa elemen perisikan yang kita jumpa," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sebagai masyarakat antarabangsa semua negara harus bekerjasama dan bukan memburukkan atau memanipulasikan sesuatu isu.
Demikianlah Artikel Korea Utara perlu hormati negara lain, kata TPM
Sekianlah artikel Korea Utara perlu hormati negara lain, kata TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Korea Utara perlu hormati negara lain, kata TPM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/korea-utara-perlu-hormati-negara-lain.html