Judul : Malaysia punya hubungan baik dengan banyak negara, bukti kecekapan Najib
link : Malaysia punya hubungan baik dengan banyak negara, bukti kecekapan Najib
Malaysia punya hubungan baik dengan banyak negara, bukti kecekapan Najib
ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya membawa satu transformasi dalam hubungan diplomatik sehinggakan Malaysia mempunyai rangkaian hubungan diplomatik dan hubungan dagang yang bersifat positif dengan banyak negara.
Jelasnya, transformasi ‘Najibplomatik’ ini dilihat mempunyai satu signifikan yang penting dalam konteks pembangunan negara.
“Kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib telah berjaya membuat satu tranformasi dari segi hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara luar yang dilihat lebih bersifat konstruktif dan banyak nenguntungkan negara.
“Berbanding suatu ketika dahulu, hubungan diplomatik lebih bersifat kepada kenyataan yang dilihat popular bagi personaliti (seseorang individu) namun ia tidak semestinya membawa kebaikan dalam hubungan politik antara negara.
“Kita dapat lihat dulu Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang agak tidak begitu mesra dengan Australia atau Singapura atau juga dengan negara barat Amerika malah suatu ketika dengan Arab Saudi sendiri walaupun kenyataan-kenyataan yang keluar daripada pimpinan boleh dilihat sesuatu yang ditafsirkan popular pada personali...tetapi tidak semestinya ia merupakan sesuatu yang baik dari segi hubungan diplomatik negara.
“Akibatnya sesetengah negara memandang negatif terutama sekali dari sudut perdagangan dan hubungan dua hala dan sebagainya,” ujarnya dipetik portal Umno-Online.
Namun tambah beliau, di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, pandangan negatif ini telah dapat di atasi dengan baik.
“Malaysia masih mengekalkan prinsip berkecuali… prinsip mengekalkan Malaysia dalam konteks zon ‘freedom dan neutrality’ tetapi ia telah dibuat satu perimbangan melalui ‘positif engagement’.
“Sebagai contoh hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat...di zaman Datuk Seri Najib dapat diperbaiki kepada tahap yang sangat baik pada masa yang sama tidak menghalang Malaysia memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia dengan China walaupun Amerika dengan China ada sedikit sebanyak isu diplomatik tetapi negara kita telah memainkan peranan dan memberi keuntungan kepada negara kita sendiri,” katanya lagi.
Disebabkan hubungan baik antara negara jugalah jelas Annuar, masalah kuota haji dapat diselesaikan dengan sekelip mata walaupun dahulu hubungan Malaysia dan Arab Saudi tidak begitu baik.
“Ini semua kesan daripada hubungan baik yang diwujudkan. Jadi dilihat satu daripada kejayaan besar yang Datuk Seri Najib bawa adalah bagaimana beliau transformasikan hubungan diplomatik ini sehingga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan EU, Amerika...Jepun dan sebagainya hatta Filipina.
“Ini sangat penting untuk mengembangkan ekonomi negara kerana perkembangan ekonomi akan berlaku jika ada banyak pelaburan.
“Ini juga tidak mungkin dapat dilakukan kalau Malaysia tidak mempunyai rangkaian hubungan diplomatik dan hubungan dagang yang bersifat positif dengan negara-negara luar,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel Malaysia punya hubungan baik dengan banyak negara, bukti kecekapan Najib
Sekianlah artikel Malaysia punya hubungan baik dengan banyak negara, bukti kecekapan Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia punya hubungan baik dengan banyak negara, bukti kecekapan Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/malaysia-punya-hubungan-baik-dengan.html