Judul : Mandeep individu yang diperlukan pembangkang - PKR
link : Mandeep individu yang diperlukan pembangkang - PKR
Mandeep individu yang diperlukan pembangkang - PKR
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Pembangkang memerlukan individu seperti Mandeep Singh Karpal untuk melontar buah fikiran yang tajam demi masa depan Pakatan Harapan (PH).
Demikian menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution ketika mengulas pandangan dan kritikan ahli sekretariat BERSIH itu terhadap pembangkang kebelakangan ini.
"Saya menghormati pandangan Mandeep, ia satu pandangan yang tajam, realistik dan pembangkang memerlukan kepimpinan Mandeep.
"Jika Mandeep sambil terus aktif dalam BERSIH, dan dia bersedia memimpin pembangkang, itu lebih baik. Bermakna Mandeep boleh menawarkan kepimpinan yang baik dalam pembangkang," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Saifuddin bagaimanapun enggan mengulas jika tawaran kepimpinan itu merujuk kepada penyertaan Mandeep ke dalam PKR.
Dalam pada itu Saifuddin berkata kritikan tersebut tidak sampai 'melukakan' pembangkang kerana kesemua pimpinan mengambil sikap terbuka.
Malah beliau menganggap pandangan Mandeep itu disuarakan selepas melihat kelompongan yang perlu diisi pembangkang demi survival politik mereka, apatah lagi bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita terbuka terhadap sebarang kritikan dan teguran. Bukan itu sahaja, kita juga memberi penyelesaian kepada orang yang melihat kelemahan dalam pembangkang dan orang itu sebenarnya mampu memberi penyelesaian, dan orang itu adalah Mandeep," ujarnya lagi.
Dalam artikel Mandeep yang diterbitkan Rabu lalu, beliau membidas pembangkang yang gagal bersatu dan hala tuju kepimpinan yang 'kabur'.
Malah katanya tidak mustahil pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad akan datang atau mungkin lebih jika masih tidak berubah.
Ia berikutan sikap yang diambil pembangkang yang berpecah belah dan saling bercakaran sesama sendiri.
Kata-kata itu menyusul selepas Mandeep menyifatkan penyelesaian atau pelajaran terbaik bagi PRU14 kepada pembangkang adalah sebagaimana situasi sebelum 7 Mac 2008, dimana mereka tidak mempunyai sebarang negeri, GLC atau kuasa.
Untuk rekod pada PRU12 pada 2008 lalu, pembangkang yang dikenali Pakatan Rakyat (PR) pada ketika itu berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri dikuasai mereka.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah pada Sabtu berkata pihaknya menghormati pandangan anggota sekretariat badan pemantau pilihan raya itu dan menegaskan tiada keperluan memecat Mandeep, selaras dengan prinsip mendokong hak kebebasan bersuara.
Malah pandangan Mandeep juga tidak mewakili BERSIH, kata Maria.
Demikianlah Artikel Mandeep individu yang diperlukan pembangkang - PKR
Sekianlah artikel Mandeep individu yang diperlukan pembangkang - PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mandeep individu yang diperlukan pembangkang - PKR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/mandeep-individu-yang-diperlukan.html