Judul : Pakatan Harapan Mengalu-Alukan ‘Kepulangan’ Tun Mahathir Ke Parlimen
link : Pakatan Harapan Mengalu-Alukan ‘Kepulangan’ Tun Mahathir Ke Parlimen
Pakatan Harapan Mengalu-Alukan ‘Kepulangan’ Tun Mahathir Ke Parlimen
Suara KebenaranTun Dr. Mahathir dalam satu kenyataan di Malaysiakini hari ini memberi petunjuk jelas akan semula ke Parlimen – kali pertama setelah hampir 15 tahun bersara. Berita ini sudah tentu mengejutkan memandangkan Tun sudah berusia 92 tahun dan beliau sendiri pernah berkata ibunya berpesan “berhentilah sebelum kenyang” yang bermaksud berhenti bila sampai masanya, ketika membuat keputusan untuk meletak jawatan pada tahun 2002.
Mungkin kemarahan yang begitu meluap-luap Tun terhadap Najib telah membuatkannya melawan pesan ibunya sendiri.
Dilantik sebagai Ketua Bahagian Bersatu Langkawi, besar kemungkinan pulau lagenda itu akan menjadi kawasan parlimen pilihan Tun Mahathir. Langkawi banyak makan budi dengan Tun kerana beliaulah yang memilih untuk memajukan pulau tersebut sebaik dilantik menjadi Perdana Menteri ke-4 pada tahun 1981.
Sumber dalaman Pakatan Harapan bagaimanapun menyambut baik bayangan ini dan mengalu-alukan keputusan ini. Tun sentiasa diterima baik jika beliau mahu kembali aktif dalam politik menurutnya.
Memang ketika Tun menjadi Perdana Menteri dulu, komponen Pakatan Harapan seperti DAP dan PKR sentiasa mendesak Tun supaya melepaskan jawatan, tapi keadaan itu sebenarnya banyak disebabkan oleh faktor PAS. PAS yang sebenarnya mahu Tun meletak jawatan pada ketika itu sedangkan PKR dan DAP tidak.
PKR dan DAP sentiasa mahukan Tun kekal dalam politik sampai bila-bila, sampai mati kalau boleh.
Demikianlah Artikel Pakatan Harapan Mengalu-Alukan ‘Kepulangan’ Tun Mahathir Ke Parlimen
Sekianlah artikel Pakatan Harapan Mengalu-Alukan ‘Kepulangan’ Tun Mahathir Ke Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pakatan Harapan Mengalu-Alukan ‘Kepulangan’ Tun Mahathir Ke Parlimen dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/pakatan-harapan-mengalu-alukan.html