PAS Selangor tunggu arahan muktamar

PAS Selangor tunggu arahan muktamar - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Selangor tunggu arahan muktamar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Selangor tunggu arahan muktamar
link : PAS Selangor tunggu arahan muktamar

Baca juga


PAS Selangor tunggu arahan muktamar


Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata parti itu tidak akan keluar daripada kerajaan negeri sehingga mereka mendapat arahan daripada pimpinan pusat atau diputuskan muktamar.

Beliau yang juga exco Selangor berkata, tidak dinafikan ada sesetengah pihak berpendapat PAS wajar berpisah daripada kerajaan negeri ekoran ketegangan hubungan parti itu dengan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Iskandar yang juga naib presiden PAS berpendapat sebaliknya.

"Mungkin ada orang cakap, PAS sepatutnya keluar dari kerajaan negeri.

"Tetapi sebenarnya, kami tunggu arahan dari muktamar atau (pimpinan) pusat," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Bermula dengan keretakan hubungan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu, PAS akhirnya meninggalkan rakan gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR dan DAP.

Muktamar PAS di Kuala Selangor pada 2015 pula menyaksikan sebahagian daripada pimpinan parti itu yang cenderung mempertahankan Pakatan Rakyat disingkirkan oleh perwakilan.

Mereka - diketuai bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu - menubuhkan organisasi baru dikenali sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH).

Bersama PKR dan DAP, AMANAH menjadi sebahagian daripada gabungan baru, Pakatan Harapan. PAS pula membentuk blok ketiga dengan bersekutu bersama beberapa parti kecil, termasuk Parti Ikatan Bangsa Malaysia diketuai bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Jangan buat spekulasi

PAS juga dilihat agak mesra dengan Umno apabila pimpinan tertinggi parti berkenaan pernah duduk sepentas pada beberapa acara utama.

Menjelang muktamar ke-63 PAS di Alor Setar, Kedah akhir April ini, beberapa kawasan - di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu - meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.

Untuk rekod, kerajaan Selangor dapat dibentuk melalui penguasaan kerusi PKR, DAP, AMANAH dan PAS.

Iskandar berkata, sebarang ketetapan mengenai kedudukan mereka di Selangor hanya akan ditentukan oleh pimpinan.

"Sebagai ahli, kita tidak akan mendahului arahan dari pusat," katanya.

Ditanya apakah kesannya jika PAS diminta keluar daripada kerajaan Selangor, Iskandar berkata, mereka akan melakukannya jika begitu kehendak pimpinan.

Namun ADUN Cempaka itu berkata, beliau enggan membuat spekulasi.

"Lebih baik jangan membuat spekulasi, jom makan tengah hari," katanya semasa sesi rehat sidang Dewan Undangan Negeri Selangor tadi.

Semalam juga Iskandar berkata, beliau tidak hairan ada ada bloger atau cybertrooper AMANAH atau proparti itu menyamar sebagai anggota PAS untuk menghentamnya selepas menyatakan pendirian tidak akan keluar dari kerajaan Selangor.

Kata Iskandar, tindakan itu dibuat bagi mengelakkan wakil AMANAH menyertai barisan pimpinan negeri.

"Mereka memang hendak lenyapkan pengaruh PAS dalam kerajaan. Presiden pun tak buat keputusan lagi. Tunggulah muktamar," katanya.




Demikianlah Artikel PAS Selangor tunggu arahan muktamar

Sekianlah artikel PAS Selangor tunggu arahan muktamar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Selangor tunggu arahan muktamar dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/pas-selangor-tunggu-arahan-muktamar.html

Subscribe to receive free email updates: