Judul : PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL.
link : PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL.
PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL.
Pakar ekonomi menjangkakan berlaku lambakan projek hartanah terbengkalai di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang susulan tindakan keras China terhadap pengeluaran modal.
Penganalisis Dr Hoo Ke Ping berkata langkah agresif China terhadap modal akan menjejaskan pemaju hartanah – tempatan dan antarabangsa – yang menyediakan rumah untuk pembeli dari China.
“Warga China yang membeli rumah tetapi belum habis membayarnya mungkin tidak dapat berbuat menyelesaikan bayaran,” katanya, dan menambah bank pusat China mungkin memaksa sesiapa yang membeli rumah di luar China perlu menghabiskan pinjaman.
“Malah jika pembeli China diperlukan membayar 20% daripada projek itu dan mereka tidak dapat terus membayar ansuran dan tunggakan, pemaju akan berdepan masalah aliran tunai.
“Apa yang pasti ialah tidak akan ada jualan baharu. Jadi ada kemungkinan besar projek yang menyediakan rumah untuk warga China akan akhirnya terbengkalai,” katanya.
Hoo berkata walaupun pemaju China seperti Country Garden – yang membangunkan projek besar Forest City di Johor – mencari pembeli luar negara lagi untuk mengisi kelompangan ditinggalkan warga China, ia akan menjadi satu tugas sukar.
“Mereka dari Timur Tengah tidak mungkin akan mengisi kekosongan itu memandangkan harga minyak semasa yang rendah sementara warga Eropah dan Australia tidak menunjukkan minat untuk ke Malaysia secara besar-besaran, selama ini,” katanya.
SAMBUNG
Demikianlah Artikel PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL.
Sekianlah artikel PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PROJEK HARTANAH DIJANGKA TERBENGKALAI JIKA CHINA HENTIKAN MODAL. dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/projek-hartanah-dijangka-terbengkalai.html