Judul : Ramai intelektual tolak usaha perkasakan syariah Islam
link : Ramai intelektual tolak usaha perkasakan syariah Islam
Ramai intelektual tolak usaha perkasakan syariah Islam
ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Bukan sedikit individu berintelektual menolak usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di negara ini.
Itu penegasan Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Ismail mina.
Beliau berkata demikian mengulas pegangan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang beranggapan pelaksanaan hudud bukan keutamaan buat masa ini.
Dr Asri sebelum ini dalam laman sosial Facebooknya memuatnaik pendiriannya mengenai usaha untuk meminda Akta 355 bagi memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Dalam tulisannya, beliau seolah-olah berkata usaha yang diperjuang PAS serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam itu hanya memanipulasi nama Islam, untuk agenda tertentu.
Ulasan Dr Asri itu mengundang reaksi pelbagai malah ada yang mmpersoalkan apakah pendirian mufti itu terhadap agenda memperkasakan perundangan Islam, begitu juga Ismail.
"Dalam sejarah Islam semasa pun, ada intelaktual Islam yang tak mahu undang-undang Islam dilaksanakan. Bukan seorang dua tetapi ramai.
"Jadi kita tidak hairan jika ada suara-suara songsang daripada ahli masyarakat Islam yang tak kira status dia apa, mufti ke, orang awam biasa ke, yang tak mahu tertegaknya syariat dalam negara kita," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Ismail juga meminta masyarakat agar mengkaji setiap hujah yang dilontarkan mana-mana pihak yang meragui usaha untuk memperkasakan perundangan Islam.
"Masyarakat harus menilai siapa sebenarnya dia dan apa agenda dia sebenarnya. Kena kaji betul-betul, jangan ambil mudah," katanya.
Beliau juga menegaskan buat kesekian kalinya, usaha perkasakan RUU355 tiada kaitan dengan cadangan melaksanakan hudud di Kelantan.
"Ini bukan soal hudud. Jangan campur adukkan hudud dengan RUU355. Ada orang dikalangan bukan islam yang ada status, meracuni pemikiran orang Islam dan bukan Islam dengan mengatakan RUU355 ini ke arah hudud. Ini berbeza," ujarnya.
Bukan hanya Ismail, ramai pemimpin PAS malah Perdana menteri, Datuk Seri najib Razak sendiri menyatakan agenda memperkasakan Mahkamah Syariah bukanlah 'jalan belakang' untuk melaksanakan hukuman hudud.
Demikianlah Artikel Ramai intelektual tolak usaha perkasakan syariah Islam
Sekianlah artikel Ramai intelektual tolak usaha perkasakan syariah Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramai intelektual tolak usaha perkasakan syariah Islam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/ramai-intelektual-tolak-usaha.html