Judul : Rozaimi hantar surat rasmi, Asri pesan jangan 'sekeh'
link : Rozaimi hantar surat rasmi, Asri pesan jangan 'sekeh'
Rozaimi hantar surat rasmi, Asri pesan jangan 'sekeh'
MALAYSIAKINIKesediaan pensyarah fekah dan usul fiqh Dr Rozaimi Ramle berdebat dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah dinyatakan secara rasmi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, bagi pihak Rozaimi, melalui sepucuk surat rasmi yang disampaikan melalui serahan tangan di pejabat dewan itu di ibu negara hari ini.
“Oleh yang demikian, IQ mengharapkan pihak YB dapat memberikan komitmen untuk program dialog ini dijayakan,” menurut surat yang dikeluarkan setiausaha IQ Abd Hafiz Salleh Hudin.
Rozaimi adalah presiden NGO itu.
Abd Hafiz meminta Khairuddin menghubunginya kembali untuk menetapkan masa, tempat dan format acara itu.
Khairuddin, anggota parlimen Kuala Nerus, juga berharap surat itu dapat dibalas dalam tempoh lima hari, daripada hari ini.
Salinan dokumen itu disiarkan kembali dalam Facebook Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang juga penasihat IQ.
Isu itu menjadi panas selepas Rozaimi menyatakan kesediaan berdebat dengan Khairuddin yang mahu bersemuka dengan pihak yang berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.
Dalam rakaman 4.30 minit yang beredar di Internet itu, Khairuddin turut berkata jika ada mufti yang berkata pindaan akta itu tidak wajib, kepalanya patut disekeh.
“Wajib ke sunat? Jawablah, wajib ke sunat? Wajiblah, sunat kot mana. Kalau ada 'tok peti' (mufti) kata sunat, nak sekeh kepada dia,” kata Khairuddin ceramah yang dikatakan berlangsung di Kelantan pada 12 Februari lalu.
Khairuddin berhujah pindaan Akta Mahkamah Syariah wajib disokong kerana membolehkan jumlah hukuman sebat bagi penzina, qazaf dan minum arak dilaksanakan seperti dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.
Sopan, pesan Asri
Sementara itu, Asri dalam status iringannya berharap usaha Rozaimi itu dirahmati Allah.
“Semoga kita semua bersopan dan tidak perlu 'sekeh' orang yang berbeza pandangan,” katanya yang dilihat menyindir ucapan kontroversi Khairuddin sebelum ini.
Dalam status yang lain, juga tanpa menyebut nama, Asri menegaskan bahawa “penegakan syariah itu ialah menegakkan akhlak yang baik”.
“Maka, adalah menghairankan apabila ada yang mendakwa ingin menegakkan syariat Islam tetapi ceramah, ucapan dan kata-kata yang dizahirkan penuh dengan maki-hamun, cercaan dan perkataan yang buruk.
“Apakah benar hendak menegakkan syariat Islam ataupun sekadar menegak kedudukan sendiri tapi menggunakan nama syariat Islam?” soalnya.
Asri tidak menyentuh kenapa Rozaimin, bukan beliau yang menyambut cabaran itu, seperti dibangkitkan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff sebelum ini.
'Mufti patut berdepan Khairuddin, bukan pensyarah'
Debat elak Khairuddin dilabel jaguh kampung
Pensyarah terkejut MP PAS nak sekeh kepala mufti
Demikianlah Artikel Rozaimi hantar surat rasmi, Asri pesan jangan 'sekeh'
Sekianlah artikel Rozaimi hantar surat rasmi, Asri pesan jangan 'sekeh' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rozaimi hantar surat rasmi, Asri pesan jangan 'sekeh' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/rozaimi-hantar-surat-rasmi-asri-pesan.html