Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno

Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno
link : Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno

Baca juga


Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno

 
Mustapha mengakui pernah terlibat dengan syarikat yang kini dibongkar sebagai sarang pengintipan Korea Utara di Kuala Lumpur. 


Mustapha-Yaakub_korea_new_600


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Kelab Veteran Umno, Datuk Mustapha Ya’akub mengakui penglibatan beliau dalam menubuhkan syarikat International Global System (M) Sdn Bhd (IGS) yang dikaitkan dengan Glocom, sebuah syarikat komunikasi menjual peralatan radio tempur dari Korea Utara.

Menurutnya pembabitan itu semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea Utara.

Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini, beliau berkata IGS ditubuhkan pada 2005 bersama 2 rakan kongsi dari Korea Utara yang dikenalinya sebagai “Madam Ryang” dan “Madam Pyon” bertujuan bagi memasarkan produk keluaran syarikat Glocom.

Menurutnya selepas itu, IGS dikendalikan seorang lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chang-hyok, selaku pengurus perniagaan.

“Saya tahu (Glocom) adalah produk Korea Utara tetapi tidak tahu bahawa negara tersebut dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hubungan kami adalah atas perniagaan semata-mata. Saya mengenali mereka selepas diperkenalkan oleh Kedutaan Korea Utara… menurut kedutaan, ketiga-tiga mereka ingin mencari rakan kongsi untuk memasarkan produk syarikat itu di Malaysia,” katanya.

Mustapha berkata beliau bersetuju bekerjasama dengan mereka selepas mendapati beberapa produk komunikasi yang ingin diperkenalkan mempunyai nilai kebolehpasaran di Malaysia dan rantau Asia.

Mustapha berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media asing yang mendakwa beliau terlibat secara langsung dengan syarikat IGS dan Syarikat Glocom selain mempunyai hubungan dengan warga Korea Utara terbabit.

“Bagaimanapun setelah menyedari yang semua produk termasuk peralatan ketenteraan keluaran Korea Utara disekat oleh PBB dan atas nasihat (polis) Bukit Aman serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kami putuskan untuk menutup syarikat IGS.

“Selepas itu, saya dan Kim menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu International Golden Services pada tahun 2012 tetapi tidak juga berhasil, lalu kami tutup syarikat tersebut,” katanya.

Selepas kedua-dua syarikat ditutup, Mustapha berkata beliau berasa tidak lagi perlu untuk menjalin kerjasama dengan individu atau syarikat Korea Utara berikutan sekatan PBB.

Menurutnya kali terakhir beliau berurusan dengan Kim kira-kira setahun lepas dan beliau turut dimaklumkan yang Kim kini menjalankan perniagaan mengeksport produk berasaskan makanan Malaysia ke Korea Utara.

Sebelum ini, sebuah laporan berita antarabangsa memetik laporan Majlis Keselamatan PBB, syarikat Glocom yang dikendalikan oleh ejen perisikan Korea Utara di Kuala Lumpur, melanggar sekatan PBB dengan menjual peralatan radio tempur.

Laporan itu juga berkata tiada syarikat dengan nama Glocom wujud di Malaysia dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkannya.

Khalid berkata polis sedar wujud 2 syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Glocom di negara ini iaitu International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services.

Katanya, International Global System didaftar pada 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik dan perdagangan am manakala International Golden Services pula didaftar pada 2012 dan menjalankan perniagaan produk berasaskan teknologi maklumat komunikasi serta pembekal perkhidmatan penyelesaian berkaitan ICT.



Demikianlah Artikel Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno

Sekianlah artikel Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tak tahu Korea Utara di bawah sekatan PBB, kata veteran Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/saya-tak-tahu-korea-utara-di-bawah.html

Subscribe to receive free email updates: