SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi

SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi
link : SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi

Baca juga


SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi

Bernama 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguat kuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan kerana disyaki terlibat dengan rasuah di dua lokasi di Selangor dan satu di Kuala Lumpur.

Mereka yang ditahan dalam operasi khas SPRM merupakan dua pegawai polis berpangkat Inspektor yang juga ketua balai polis, lima anggota polis, empat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan SPRM Selangor pada pukul 9 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan.

Sumber itu menjelaskan risikan SPRM selama hampir tiga bulan mendapati kesemua mereka menerima rasuah secara bulanan daripada pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di dua daerah di Selangor.
"
Mereka ini diamanahkan mengambil tindakan terhadap pengusaha premis yang melanggar undang-undang.

"Sebaliknya mereka telah menyalahgunakan kuasa dengan menerima rasuah bagi melindungi premis yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggaji pendatang tanpa izin dan melanggar aspek keselamatan kebakaran," katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber itu berkata siasatan mendapati mereka bukan sahaja menerima rasuah malah menggalakkan perkembangan kegiatan tidak bermoral dalam premis urut berkenaan.

"Siasatan awal mendapati premis urut haram ini menyediakan perkhidmatan pelacuran secara terbuka dan mereka tidak takut menjalankan kegiatan itu kerana mendapat perlindungan daripada penguat kuasa pelbagai agensi.

"Kesemua suspek dipercayai menerima rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap premis urut," katanya.

Menurut sumber itu lagi, SPRM turut merampas wang tunai RM25,000 daripada seorang inspektor di rumah dan pejabatnya.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM, Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

"Kesemua suspek yang berusia antara 26 dan 53 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk direman," katanya. -Bernama




Demikianlah Artikel SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi

Sekianlah artikel SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM tahan 12 penguatkuasa pelbagai agensi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/sprm-tahan-12-penguatkuasa-pelbagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :