Judul : Yakin komponen BN terima RUU355
link : Yakin komponen BN terima RUU355
Yakin komponen BN terima RUU355
DETIK DAILYOleh Ong Boon Teck
SETIAUSAHA Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin pemimpin-pemimpin parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC akhirnya akan menerima penjelasan Umno mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Beliau berkata, pindaan RUU 355 ini bertujuan memperkasa mahkamah syariah dan hanya sesuai digunakan ke atas umat Islam.
"Keputusan ini hanya akan dilaksanakan sekiranya diterima semua pihak kerana semua pemimpin sentiasa pegang kepada konsensus. Disebabkan BN mengamalkan cara sedemikian, maka pemimpin BN bersedia memberi penjelasan kepada semua parti komponen BN.
"Kami akan pastikan semua pemimpin BN benar-benar faham apa itu pindaan RUU355 ini kerana kebanyakan daripada mereka masih tidak faham dengan jelas," kata Tengku Adnan ketika ditemu bual oleh Sin Chew Jit Poh.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri akan memberikan penjelasan kepada pemimpin.
Ditanya sekiranya MCA, MIC dan Gerakan teus mengemukakan bantahan, Tengku Adnan berkata, BN akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mengubah dengan sewenang-wenangnya.
Demikianlah Artikel Yakin komponen BN terima RUU355
Sekianlah artikel Yakin komponen BN terima RUU355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yakin komponen BN terima RUU355 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/yakin-komponen-bn-terima-ruu355.html