Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan

Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan
link : Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan

Baca juga


Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan

 
Pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan melebarkan jurang undang-undang syariah setiap negeri dan menjadikannya tidak seimbang.


zaid-ruu355

PETALING JAYA: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan tidak akan membentangkan rang undang-undang (meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) tidak bermakna isu itu bukan lagi topik perbincangan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini sekali lagi mengkritik RUU itu dalam posting terbaru blognya, dan menggariskan 10 keburukan jika diluluskan.

Beliau berkata, pindaan antara lain akan melebarkan jurang undang-undang syariah setiap negeri, seterusnya menjadikan sistem jenayah syariah tidak seimbang dan adil kepada orang Islam.

“Undang-undang Syariah sedia tidak sama di setiap negeri. Terdapat perkara yang dilarang di sebuah negeri, tetapi tidak di negeri lain. Hukuman pula boleh berbeza untuk kesalahan sama, selain proses mahkamah yang tidak konsisten.

“Peningkatan had hukuman akan membuka ruang kerajaan negeri meningkatkan hukuman sedia ada, justeru menjadikan undang-undang syariah setiap negeri menjadi lebih berbeza,” katanya yang juga seorang peguam.

Beliau memberikan contoh kesalahan khalwat di Terengganu yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Rendah dengan 2 kali peluang rayuan di Mahkamah Syariah Tinggi, sedangkan ia dibicarakan di Mahkamah Tinggi dengan 1 peluang rayuan di Wilayah Persekutuan.

Katanya lagi, ia juga akan meningkatkan tahap hukuman terhadap pelanggaran fatwa, yang menyentuh aspek yang luas termasuk pandangan seseorang individu.

Beliau memberikan contoh fatwa pengharaman “pemikiran pluralisme dan liberalisme” agama yang diwartakan di Selangor pada 2014.

Katanya, mana-mana umat Islam yang melanggar fatwa yang diwartakan boleh dijatuhkan hukuman sehingga 2 tahun penjara, denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

“Jika RUU 355 diluluskan, hukuman terhadap pelanggaran fatwa boleh ditingkatkan. Sekatan terhadap umat Islam akan berganda,” katanya.

katanya, semua pihak patut fokus kepada penambahbaikan terhadap sistem syariah berbanding meningkatkan tahap hukumannya.

“Misalnya menambahkan bilangan hakim, peguam syarie dan penguatkuasa agama serta mengetatkan proses perlantikan mereka,” katanya.

Pada masa ini, katanya, kekurangan hakim menyebabkan sesetengah kes seperti penceraian dan hak penjagaan anak tertangguh, menambahkan derita kepada mereka yang terlibat.



Demikianlah Artikel Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan

Sekianlah artikel Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zaid ingatkan keburukan jika RUU 355 diluluskan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/zaid-ingatkan-keburukan-jika-ruu-355.html

Subscribe to receive free email updates: