Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria

Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria
link : Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria

Baca juga


Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria

Kuala Lumpur - Bekas penuntut sarjana Universiti Malaya, Siti Noor Aishah Atam yang didakwa memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas, dikatakan mahu membunuh diri jika hasratnya untuk berjihad di Syria dihalang.

Siti Noor Aishah yang diberhentikan pengajian oleh pihak universiti pada Januari 2014, juga diajak melarikan diri ke Thailand oleh seorang lelaki bernama Muammar Gadafie.

Timbalan Pendakwa, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam hujahnya pada perbicaraan itu, berkata perkara berkenaan terkandung dalam laporan polis yang dibuat bapanya sendiri, Atam Jusoh pada 18 Februari 2014. Mohamad Mustaffa berkata, fakta itu diakui sendiri oleh tertuduh ketika diperiksa balas pendakwaan, malah mengakui laporan polis itu dibuat bapanya bagi menghalang dia daripada pergi ke Syria.

Beliau berkata, Siti Noor Aishah turut mengakui catatan ditulisnya dengan menggunakan dakwat merah pada muka surat pertama buku 'Merentas Jalan Jihad Fie Sabilillah' berbunyi; 'tanah yang engkau berkati...', merujuk kepada tanah Syam di kawasan meliputi Syria termasuk Iraq dan Palestin.

Katanya, catatan itu konsisten dengan laporan polis berkenaan, dan menunjukkan tertuduh mengetahui kandungan semua 12 buah buku yang ada dalam milikannya adalah berkonsepkan jihad.

Siti Noor Aishah didakwa memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, pada jam 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu.

Tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda.

Sementara itu, Siti Noor Aishah dalam rayuannya menerusi peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab, berkata anak guamnya secara konsisten memberitahu, dia memiliki semua buku itu untuk tujuan kajian dan menambah pengetahuan.

Beliau berkata, terdapat beberapa bahagian pada buku itu yang relevan dengan tajuk tesis anak guamnya bertajuk 'Implikasi Tajuk Dalam Pentadbiran Negara'.

Katanya, tertuduh tidak melarikan diri ketika serbuan oleh polis dan tidak membuang atau melupuskan semua buku berkenaan, yang menunjukkan dia tidak mengetahui buku terbabit ada kaitan dengan pengganas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah kemudian menetapkan pada 2 Mei ini bagi keputusan di akhir pembelaan.


Demikianlah Artikel Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria

Sekianlah artikel Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aishah Ugut Bunuh Diri Jika Tak Dapat Ke Syria dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/aishah-ugut-bunuh-diri-jika-tak-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: