Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin

Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin
link : Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin

Baca juga


Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah sememangnya berhasrat untuk menjadi penyebab berlakunya pertembungan tiga penjuru menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, demikian kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
 
Khairuddin berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan balas beberapa pimpinan Amanah, selepas beliau 'mengarahkan' parti lain jangan bertanding 80 kerusi yang ingin ditandingi PAS.  
 
“Respon mereka mengesahkan sememangnya PAN (Amanah) adalah penyebab kepada tiga penjuru dan sememangnya mereka berhasrat dan berniat untuk berlaku tiga penjuru.
 
“Jika tiga parti (iaitu) PAS, PKR dan DAP kekal pada kerusi masing-masing pada PRU ke-13 bertanding lawan BN, maka tak akan berlaku tiga penjuru.
 
“Tapi yang pasti PAN (Amanah) tentu mahu bertanding di kerusi tradisi PAS lawan Umno bagi merelevenkan kehadiran mereka dalam politik iaitu PAN nak ganti PAS,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
 
Terdahulu, Khairuddin dalam satu kenyataan semalam memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak 'mengacau' di 80 kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU14 akan datang.
 
Khairuddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.
 
Ekoran 'peringatan' Khairuddin itu, beberapa pimpinan Amanah bingkas membidas kenyataan tersebut.
 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata PAS tiada hak untuk menyekat mana-mana parti pembangkang lain untuk bertanding di kerusi tertentu.
 
Anuar juga menganggap bahawa PAS sendiri yang tidak mahu bersatu dengan pembangkang bagi menentang BN, selain ‘menuduh’ Khairuddin sebagai jurucakap Umno.
 
Dalam pada itu, Khairuddin turut mempersoalkan idea dua penjuru yang dijaja oleh PH bersabit soal penentuan kerusi PRU selama ini.
 
Ujarnya, idea PH itu seolah-olah bertujuan mengecilkan saiz PAS dalam pertandingan pilihan raya.
 
"Adakah maksudnya PAS jangan kacau kerusi DAP lawan MCA dan Gerakan?
 
“Juga PAS jangan kacau kerusi PKR lawan MCA dan Umno, manakala kerusi tradisi PAS pula sebanyak lebih kurang 80 kerusi lawan Umno akan diagih-agihkan kalangan PAS, Amanah dan Bersatu?” soalnya.
 
Khairuddin juga menegaskan kenyataan beliau yang ingin menolak pertembungan tiga pejuru, adalah bagi memastikan ia tidak memberi keuntungan kepada BN.
 
“PAN (Amanah) dan PPBM jangan bertanding di kerusi PAS lawan Umno iaitu 80 kerusi tradisi.  Ia hanya akan menguntungkan Umno.”
 
“PAN (Amanah) dan PPBM minta sahaja sebahagian kerusi DAP dan PKR tandingi iaitu sebanyak lebih kurang 150 kerusi parlimen termasuk Sabah dab Sarawak, itu akan menjadikan pembangkang satu lawan satu dgn BN,” ujarnya.
 
 


Demikianlah Artikel Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin

Sekianlah artikel Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Amanah punca tiga penjuru, bukan PAS - Khairuddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/amanah-punca-tiga-penjuru-bukan-pas.html

Subscribe to receive free email updates: