Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim

Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim
link : Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim

Baca juga


Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim

 
Peguam itu mempertikaikan keperluan memberikan perlindungan kepada Zakir Naik sedangkan terdapat 300,000 etnik India berstatus PR di negara ini.


sitikasim-zakir-naik

PETALING JAYA: Peguam Siti Kasim mempertikaikan status penduduk tetap yang diberikan kepada Zakir Naik sedangkan masih ramai etnik India di Malaysia belum mendapat kerakyatan.

Beliau mendakwa terdapat lebih kurang 300,000 etnik India di Malaysia, sama ada Hindu atau Islam, tidak diberi kerakyatan meskipun berstatus penduduk tetap.

“Mereka masih PR meskipun sudah berdekad berada di sini. Kerajaan melambatkan kerakyatan mereka.

“Jadi mengapa perlu menambah seorang lagi etnik India (Zakir Naik) sebagai PR?” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas mengenai laporan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu pemberita di Putrajaya bahawa penceramah kontroversi itu berstatus penduduk tetap.

Menurut Zahid, status penduduk tetap diberikan kepada Zakir kira-kira 5 tahun lalu. Zahid memegang portfolio tersebut pada 2013 menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam wawancara New Strait Times 29 November lepas menafikan kerajaan memberikan kerakyatan kepada Zakir.

Wawancara itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Zakir diberikan status penduduk tetap.

“Apa justifikasi memberikan PR kepada Zakir,” soal Siti. Beliau mengingatkan Zakir merupakan orang dikehendaki di negara asalnya, India, dan dilaporkan disekat daripada memasuki beberapa negara lain, seperti United Kingdom dan Kanada.

“Apa sumbangannya kepada Malaysia?” kata Siti lagi.

Zakir, penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 dan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa Negara baru-baru ini, disiasat pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang.

Waran tangkap tanpa ikat jamin dikeluarkan terhadap Zakir oleh Mahkamah Khas Akta Pencegahan Pengubahan Wang 13 April lepas kerana ingkar saman Direktorat Penguatkuasaan (ED), lapor India Today.

ED juga mendakwa Zakir terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang melalui pengucapan provokasi, dan mengalakkan permusuhan dan kebencian antara kumpulan agama berbeza.

Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan mahu memohon notis merah Interpol terhadap Zakir selepas penceramah kontroversi itu ingkar saman untuk tampil disiasat mengenai hal ehwalnya di India.

Nots merah merupakan instrument paling dekat kepada waran tangkap antarabangsa. Bulan lepas, polis Malaysia berjaya mendapatkan notis merah selepas meminta bantuan Interpol untuk menangkap 4 lelaki Korea Utara yang dikehendaki untuk disoal mengenai pembunuhan Kim Jong Nam di klia2 13 Februari tahun ini.

Sabtu lepas, Zakir dalam satu program dianjurkan kumpulan Perkasa mendakwa beliau akan diseksa jika pulang ke India, sebaliknya berkata pihak berkuasa negara itu perlu menyoal siasat beliau menerusi Skype dan kaedah tele-sidang.



Demikianlah Artikel Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim

Sekianlah artikel Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa perlunya seorang lagi orang India sebagai PR, soal Siti Kasim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/apa-perlunya-seorang-lagi-orang-india.html

Subscribe to receive free email updates: