AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?
link : AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

Baca juga


AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

 shahbudindotcom



Keputusan pihak polis melarang debat antara Tun Mahathir Mohamad dengan Nazri Aziz yang sepatutnya diadakan pada 7 April depan atas faktor keselamatan, ketenteraman awam dan mengelakkan kacau-bilau, nampaknya ditolak oleh pelbagai pihak.

Bukan saja pemimpin-pemimpin blok pembangkang yang tidak dapat menerima alasan pihak berkuasa itu, malah pemimpin-pemimpin UMNO, termasuk Nazri sendiri menolak alasan itu.

Bagi Tun Mahathir, debat itu ditolak permitnya tidak lain kerana Najib Razak takut kebenaran akan terdedah.

"Berani kerana benar, takut kerana salah," tegasnya.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyifatkan pembatalan itu bercanggah dengan Perlembagaan dan pihak polis telah bertindak di luar bidang kuasa yang sepatutnya.

Ia katanya, berikutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak polis tidak lagi mempunyai kuasa untuk menghalang sesuatu perhimpunan aman di mana pihak penganjur hanya perlu memberi notis pemakluman beserta syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh mereka.

Majoriti pemimpin pembangkang yang lain rata-ratanya ketawa dengan keputusan pihak polis itu sambil menyifatkan ia hanyalah langkah untuk menyelamat dan menjaga air muka Najib yang terpalit penuh, bukan terconteng sikit,  dengan skandal kewangan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima melalui akaun peribadinya.

Di pihak UMNO, selain Nazri sendiri yang terus kecewa dengan tindakan pihak polis itu, Menteri Kewangan Kedua, Johari Abdul Ghani dan Pengerusi PUNB, Ali Rustam juga berpendirian hampir senada dengannya.

Kata Johari, "kalau tak boleh (dapatkan permit), buat saja di hotel, selesai masalah."
Ali Rustam berkata, debat antara Tun Mahathir dengan Nazri itu wajar diteruskan berikutan dunia semakin terbuka dan politik sudah berada di peringkat matang.

Nazri yang seperti biasa tidak menyembunyikan kecewanya kerana sudah dua kali pihak polis membuat pembatalan, selain menyindir majlis debatnya mungkin hanya boleh diadakan di Auditorium Polis di Cheras atau Antartika saja, turut mendedahkan bahawa Najib bukanlah dalang di sebalik tindakan pihak polis itu.

Beliau berkata, Najib bersetuju dengan debat itu, malah mengucapkan terima kasih kepadanya kerana mahu berdebat dengan Tun Mahathir.
"Kita berjumpa di Parlimen dua minggu lalu...beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sudi berdialog.

"Saya rasa ini masalah pihak polis," ujar Nazri lagi.

Kiranya Nazri tidak bersandiwara dan benar bahawa Najib bersetuju dengan debat itu dan pembatalan semata-mata disebabkan oleh pihak polis,  bermakna ia bukanlah masalah yang tidak boleh diatasi.

Pihak polis, sepertimana semua sedia maklum, adalah di bawah bidang kuasa  Menteri Dalam Negeri yang dipegang oleh Zahid Hamidi yang sekaligus juga merangkap Timbalan Perdana Menteri.

Apakah sebagai menteri, beliau tidak ada kuasa langsung membatalkan penolakan debat oleh polis Shah Alam itu?

Kalau benar Najib sendiri turut bersetuju, apakah masalahnya Zahid perlu takut atau ragu-ragu untuk mengarahkan pihak polis memberi kembali kelulusan kepada Sinar Harian meneruskan acara debat itu?
Jika di Kuala Kangsar sebelum ini, meskipun Zahid sudah memberi lampu hijau dan ia kemudian dengan senang-lenang ditukar menjadi lampu merah oleh pihak polis, apakah di Shah Alam ini Menteri Dalam Negeri begitu lekeh sehingga tidak mampu menukar kembali lampu merah menjadi lampu hijau?

Ayuh Zahid....inilah masanya untuk membuktikan kemampuan sebagai  pemimpin yang berwibawa dan berani.  Bola kini di kaki anda, siapa lagi selain Menteri Dalam Negeri yang boleh memberi arahan kepada pihak polis?

Zahid pasti dapat melonjakkan lagi namanya jika berjaya memenuhi kehendak majoriti rakyat yang mahu melihat debat Tun Mahathir - Nazri itu menjadi kenyataan, selain menunjukkan kerajaan kini benar-benar sudah matang dan terbuka.




Demikianlah Artikel AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI?

Sekianlah artikel AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AYUH ZAHID HAMIDI, TUNGGU APA LAGI? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/ayuh-zahid-hamidi-tunggu-apa-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :