BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual'

BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual'
link : BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual'

Baca juga


BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual'


Semua jawatan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukan untuk dijual, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

Datuk Dr Rais Hussin berkata dakwaan yang mengaitkan kedudukan pimpinan BERSATU dengan bayaran tertentu sebagai mengarut.

"Wang tidak diperlukan untuk membolehkan seseorang memegang mana-mana jawatan dalam parti, atau pun mereka dibayar selepas dilantik," katanya kepada Malaysiakini.

Menganggap tuduhan berkenaan sebagai "sangat mengarut" Rais berkata, kebanyakan - jika tidak semua pun - ketua bahagian menggunakan wang sendiri untuk menubuh dan menguruskan bahagian masing-masing.

"Ini adalah cubaan yang sia-sia oleh mereka yang berniat jahat mahu merosakkan reputasi BERSATU," katanya.

Terdahulu, Sinar Online melaporkan ada seseorang ditawarkan menjadi ketua bahagian BERSATU di Johor tetapi perlu membayar RM250,000 terlebih dulu.

Ada niat jahat

Memetik sumber tidak didedahkan, portal itu melaporkan, sesiapa yang ingin menjadi ketua bahagian juga terikat dengan beberapa syarat lain.

Antaranya menyediakan pejabat, mengekalkan ahli jawatan kuasa sedia ada dan elaun bulanan mengikut kedudukan dan membayar gaji kepada setiausaha.

Menurut Rais, dengan kedudukannya sendiri sebagai salah seorang ketua bahagian BERSATU, dia tahu apa yang didakwa itu adalah tidak benar.

"Saya tahu tuduhan itu berniat jahat, fitnah dan bertujuan memberikan gambaran salah pada BERSATU," katanya.

Bagaimanapun Rais yang dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mengakui, sebagai sebuah parti yang baru, ada banyak kelemahan yang boleh diperbaiki, namun amalan politik wang bukanlah satu daripadanya.

Ditanya mengenai kemungkinan dakwaan pada laporan itu membayangkan wujud masalah dalaman pada BERSATU, Rais berkata, jika ada anggota parti berpendapat wujud salah laku, ia wajar dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kami tak ada apa-apa yang hendak disembunyikan. BERSATU meraikan perbezaan pendapat. Ia adalah kekuataan, bukan kelemahan.

"Kami mempunyai proses dalaman untuk menangani masalah begini.

"Sepatutnya ia dibangkitkan secara dalaman tetapi apabila dibawa kepada media, ia menunjukkan niat sebenar pihak terbabit," katanya



Demikianlah Artikel BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual'

Sekianlah artikel BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BERSATU nafi jawatan parti 'untuk dijual' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/bersatu-nafi-jawatan-parti-untuk-dijual.html

Subscribe to receive free email updates: