Judul : Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000
link : Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000
Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000
ANTARAPOS.COM
PULAU PINANG: Seorang pemegang amanah di Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad, bergelar ‘Datuk’ yang direman hujung bulan lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan dengan jaminan RM100 000 hari ini.
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pendaftaran Tertinggi Mahkamah Majistret, Ahmad Tajudin Zain yang turut menetapkan dua penjamin bagi kes berkenaan.
Pada Khamis lepas, lelaki berusia 70 tahun itu yang juga Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd. menyerah diri di ibu pejabat SPRM negeri dan disiasat mengikt Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Menurut jurucakap SPRM, suspek dipercayai menjual tanah milik anak syarikat berkenaan di negeri ini termasuk membuat keputusan sendiri tanpa melalui persetujuan Ahli Lembaga Pengarah lain.
Ketika ini, suspek masih berada di ibu pejabat SPRM menunggu wang jaminan dibayar.
Demikianlah Artikel Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000
Sekianlah artikel Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Datuk didakwa pecah amanah diikat jamin RM100,000 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/datuk-didakwa-pecah-amanah-diikat-jamin.html