Judul : Gadai, Dulu Pengkalannya Kini Jet Pejuangnya Pula? – MP PKR
link : Gadai, Dulu Pengkalannya Kini Jet Pejuangnya Pula? – MP PKR
Gadai, Dulu Pengkalannya Kini Jet Pejuangnya Pula? – MP PKR
Suara KebenaranKeputusan Najib menawarkan baki 10 buah jet pejuang canggih MIG29N milik negara kepada India sebagai tukar ganti kepada alat ganti jet Su 30MK, boleh disifatkan sebagai satu keputusan yang sangat bodoh malah, sama seperti menggadaikan harta negara, menurut seorang Ahli Parlimen PKR yang dihubungi sebentar tadi.
Tak pernah berlaku dalam dunia, jet pejuang dijual untuk mendapatkan alat ganti jet pejuang yang lain, katanya lagi
Perkara ini dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Najib didakwa menyerahkan Pengkalan TUDM di Sg Besi kepada konsortium yang antara lain dimiliki syarikat dari China yang membeli bandar Malaysia dari 1MDB. Walaupun isu itu didapati tidak benar kerana syarikat China berkenaan hanya memiliki kepentingan 27% di dalam konsortium itu, ia masih menimbulkan kontroversi.
Dah sekarang, jet pejuang pulak yang kena jual.
Menurut maklumat dari bekas juruterbang TUDM, Mejar Zaidi yang kini berkhidmat dengan pejabat Ketua Menteri Penang, MIG29N masih berbisa dan mampu menguatkan pertahanan udara negara dan amatlah tidak wajar ia dijual kepada India untuk mendapatkan alat ganti Sukhoi kerana India hanyalah pengeluar OEM alat ganti Sukhoi yang diberi lesen oleh pengeluar asal, Russia.
Apa yang diperlukan ialah untuk kerajaan menggantikan enjin, sistem avionik, air frame dan radar MIG29N milik negara dengan versi terkini tanpa perlu menjualnya kepada India.
Demikianlah Artikel Gadai, Dulu Pengkalannya Kini Jet Pejuangnya Pula? – MP PKR
Sekianlah artikel Gadai, Dulu Pengkalannya Kini Jet Pejuangnya Pula? – MP PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gadai, Dulu Pengkalannya Kini Jet Pejuangnya Pula? – MP PKR dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/gadai-dulu-pengkalannya-kini-jet.html