HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355

HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355
link : HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355

Baca juga


HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355

 shahbudindotcom


Di bawah ini adalah teks yang sudah disiapkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa untuk ucapan bahas kepada usul persendirian meminda Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang.


هَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
[Surat An-Nahl 90]

‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan keadilan dan membuat kebaikan serta memberi bantuan pada keluarga terdekat dan anak yatim serta mencegah kamu dari keburukan, munkar dan melampai batas. Dia mengajar kamu semoga kamu mendapat peringatan’

Nabi bersabda: dari Abi Ya’la al Shaddad;

‘Sesungguhnya Allah telah menetapkan Ihsan atas segala sesuatu (yang kamu lakukan), jika kamu menamatkan nyawa binatang untuk disembelih maka berlaku ihsanlah (jangan siksakannya), dan jika kamu sembelih maka berlaku ihsanlah dengan sembelihan kamu, tajamkan pisau salah seorang kamu dan tenangkanlah sembelihannya (jgn siksakannya)’ (hadis riwyat muslim).

Sesungguhnya keadilan itu diiringi dengan sifat ihsan dan berbuat kebajikan. Al Quran membayangkan keperluan menegakkan keadilan melalui kaedah ihsan sebagaimana hari ini walau baik sekalipun sesuatu undang-undang ia mestilah melalui proses dan tertib secara demokrasi. 

Walaupun hadis yang dipetik menyebut tentang perbuatan menyembelih binatang ternakan dengan ihsan, ia membawa pengajaran bahawa perintah Allah mestilah dijalankan secara tertib undang-undang mengikut kaedah dan proses yang diterima pada realiti sesebuah masyarakat dan negara. Sesuatu yang baik jika tidak kena cara dibawa boleh merosakkan kebaikan yang hendak dibawa apatah lagi jika ia dikaitkan dengan nama Islam. IS mendakwa membawa Syariat tetapi IS juga merosakkan nama Islam kerana kaedah dan caranya yang hilang sifat Ihsan. 

Jangan terpedaya dengan nama dan label Islam, sebab itu dalam konteks perundangan, perbahasan secara bertanggungjawab kepada perlembagaan negara dan asas negara amat penting bagi memastikan hak Ihsan dipenuhi dalam hasrat kita menegakkan keadilan.

Tuan Speaker,

1. Saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Marang yang telah berjaya membentangkan dan memperincikan pindaan RUU 355 sebagai usul persendirian. Selama ini usul persendirian atau private members bill (PMB) belum pernah diberi peluang apatah lagi Marang diberi laluan 2 kali dan hanya pada kali ke 3 perincian dibuat pada majlis yang sama. Syabas pada satu kes yang jarang berlaku, semoga ia menjadi kes awalan pada kami yang lain untuk menggunakan PMB dalam membuat pindaan akta atau memperkenalkan akta baru yang lain.

2. Pindaan yang dihasratkan oleh Marang ialah berkenaan dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Marang berhasrat meningkatkan had hukuman dari ketetapan yang sedia ada kepada 100sebatan, 30 tahun penjara dan 100ribu denda. Had hukuman yang sedia ada ialah 6 sebatan, 3 tahun penjara dan RM5,000 denda. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh penyokong usul iaitu sahabat saya Kota Bharu, ini bukan kali pertama pindaan dibuat sejak diperkenalkan, sebanyak 2 kali pindaan dibuat iaitu 1984 dan 1989. Had hukuman paling awal ialah penjara 6 bulan penjara dan denda RM1000 tanpa hukuman sebatan.

3. Persoalan saya kepada Marang ialah mengapakah peningkatan dari tahap 6, 3, 5 sekarang dinaikan begitu drastik kepada maksimum100x sebatan , 30 tahun penjara, 100ribu denda? Kalau 100x sebatan syarie adalah patuh Al Quran bagaimana 30 tahun dan RM 100Ribu? Walaupun ia dalam bab Takzir (hukuman selain hudud) apa logiknya? Undang-undang Jenayah Syariah adalah kesalahan agama oleh seorang Muslim yang telah disenaraikan. Jika logiknya sekadar meningkatkan hukuman supaya lebih tinggi dari Mahkamah Majistret, sudahkah dibuat kajian keberkesanan yang sedia ada? Adakah ketidak berkesanan itu kepada had hukuman ataukah penguatkuasaan dan pendakwaan dan kurang aspek pendidikan?

Tuan Speaker

4. Amalan perundangan negara kita ialah Sivil dan undang Syariah, keterbatasan syariah adalah kerana beberapa sebab. Pertama Mahkamahnya adalah di bawah kuasa negeri yang diperuntukkan, kedua pesalahnya hanya untuk orang Islam dan ke tiga senarai jenayah syariah tidak boleh bertindih dengan jenayah sivil mengelakan double jeorpady ( dihukum dua undang dari kesalahan yang sama).

5. RUU 355 adalah doktrin menghadkan atau limitasi kuasa agar tidak dilihat bersaing tetapi masing-masing tidak boleh campurtangan, diselesaikan oleh Perkara 121(1A) yang jelas mengendalikan soal campurtangan. Walaupun ada kasus yang menguji keberkesanan perkara 121(1A), namun pemisahan kuasa itu wujud. Sudahkah dirujuk doktrin pemisahan dan persaingan hukuman dalam kerangka besar perundangan negara? Hal ini tidak dibangkitkan oleh pencadang dan penyokong dalam usul Marang.

6. Premis Marang hanyalah Syariah yang diperundangkan tanpa melihat kerangka besar perundangan negara dan undang-undang lain yang sepatutnya diteliti dan dirujuk kepada konsep besar Maqasid Syariah yang bebas bergerak dalam kerangka yang lebih besar.

7. Umpamanya dalam hal SOSMA, AKTA HASUTAN dll di mana sebahagian besarnya tidak menepati konsep keadilan dan kemanusian yang merupakan teras SYARIAH. Saya menyebut demikian kerana isu 355 ini dikatakan ianya adalah SYARIAH dan wajib disokong sedangkan akta lain yang jelas bercanggah dengan prinsip syariah tidak pula dianggap SYARIAH yang wajib disanggah. Obsesi pengikut dan penyokong syariah seolah menganggap 355 adalah segalanya adalah salah faham yang parah terhadap fahaman SYARIAH ISLAM sebenarnya.

Tan Sri Speaker

8. Saya tidak dapat mengelak menegur sebahagian kita yang gagal mendidik rakyat bagaimana sesebuah perundangan dibikin atau dipinda. Selain dari niat yang baik, sesuatu usaha perundangan perlu melalui proses konsultasi pihak pakar, pihak berkepentingan dan orang awam. Dalam proses itu tautan melalui dialog, forum yang melibatkan semua pihak amatlah penting. Lebih malang 355 ini kerana dibawa oleh Marang dan bukan kerajaan telah menimbulkan berbagai reaksi yang memburukkan niat yang baik. Kerana itu ada pihak yang mengambil kesempatan menjadikan 355 sebagai tunggangan politik dan tidak kurang telah melahirkan pentaksob kaum dan agama yang mengambil kesempatan.

9. Pada waktu yang sama golongan yang senantiasa mengaitkan Marang dan partinya dengan ‘hudud’ melahirkan penentangan yang tegar kepada RUU 355 sehingga sanggup membawa kes ini ke Mahkamah sebagai alasan ‘tidak berperlembagaan’ Bukankah ini menimbulkan konflik perundangan kerana Marang yang membawanya dan mungkin berbeza jika kerajaan sendiri yang mengusulkannya? Parlimen tidak boleh mengizinkan 355 yang baik ini menjadi polemik perundangan dan politik yang tidak berkesudahan.

10. Saya turut heran kenapa Ummo/BN sebagai kerajaan tidak membawa usul ini jika pemerkasaan mahkamah syariah adalah keperluannya, mengapa membiarkan usul Marang menjadi bahan politik? Agenda politik apa yang hendak dimenfaatkan? Tujuan politik Umno mendekati PAS kah atau tujuan melemahkan pembangkang? Saya tidak boleh membiarkan keperluan murni ini iaitu pemerkasaan mahkamah syariah diperalatkan sebegitu rupa malah cara dan kaedah media perdana memaparkannya adalah untuk tujuan politik Umno.

11. Bukti 355 dipolitikkan adalah jelas dalam ucapan Presiden Umno di PAU 2016. Timbalan Presiden Umno turut menyebut bahawa kerajaan akan adaptasi 355 usulan Marang. Parti komponen Sarawak menolaknya begitu juga MCA, MIC dll. Bukankah ini menimbulkan ketegangan politik? Apakah Umno/BN tidak tahu semua ini akan berlaku? Apa perjanjian sulit yang berlaku antara PAS dan Ummo? Akhirmya PM sebagai pengerusi BN menyatakan pendirian tidak mengambil usul Marang untuk dijadikan usul kerajaan.

13. Maka sahlah ia mainan politik Umno dan segala polemik akhirnya mengorbankan pemerkasaan mahkamah syariah kerana pihak berwajib dari kerajaan Umno/BN tidak akan mengambilnya untuk dibaca kali kedua sebagai RUU kerajaan. Perbahasan kita hari ini hanyalah sekadar ‘akademik’ yang sudah diketahui penyudahnya bahawa kerajaan tidak akan mengambilnya!

14. Jikalau kerajaan tidak ambil RUU 355 Marang untuk dijadikan urusan undang-undang kerajaan, tujuan apakah semua ini, setelah menimbulkan polemik politik di bawah sana? Bukankah ia niat politik dan tiada kena mengena dengan meningkatkan hukuman mahkamah syariah?

Tuan Speaker,

15. Dalam proses meminda perundangan 355 ini yang caca marba, ramai yang menjadi mangsa golongan TAKFIRI, iaitu sekelompok manusia yang kerjanya menghukum dan mengkafirkan orang Islam semata-mata kerana mengkritik cara RUU 355 dikendalikan. Begitu juga menggunakan institusi Mufti yang menulis bahawa MP Muslim wajib sokong usul ini. Bagi Mufti yang berpandangan usul 355 ini wajib dibahas dahulu untuk meneliti dan memperincikannya dituduh pula Mufti ini dengan berbagai tuduhan. Malangnya institusi mufti diheret sebegitu rupa.

16. Oleh kerana itu, sudah tiba masanya jika isu pentadbiran Islam dan mahkamah syariah mahu diperkasakan sebagaimana disarankan oleh TYDPA dalam titah Baginda, sayugia pihak Parlimen yang mulia ini menubuhkan jawatankuasa khas RUU 355 untuk diteliti dan dinilai serta diperincikan secara holistik bukan sahaja dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga meningkatkan kecekapan pentadbiran dan gaji-gaji hakim mahkamah syariah serta pegawainya dan meningkatkan tahap profesionalisma penguatkuasaan dan pendakwaan.

17. Jawatankuasa khas (select commitee) ini hendaklah dibentuk merentas kepartian dan inklusif dari MP bukan Islam juga agar proses pemerkasaan Mahkamah Syariah berlaku secara telus. Pada waktu sama jawatankuasa ini hendaklah melibatkan institusi mahkamah syariah bagi membuat kajian menyeluruh bagi memenuhi kehendak memperkasakan mahkamah dan pentadbiran Islam di Malaysia mengikut perlembagaan persekutan. Hanya dengan kesungguhan ini barulah Mahkamah Syariah akan dilihat terhormat dan bukan sekadar bahan dagangan politik murahan untuk tujuan politik sempit. Saya dan rakan saya Kota Raja dari AMANAH telah mengusulkan bawah peraturan 27(3) tentang semua ini pada sidang lalu dan sidang kali ini sebagai komitmen kami dan keseriusan kami pada isu ini.

Akhirnya Tuan Speaker

Usul Marang dalam pindaan RUU 355 ini mohon diperincikan dalam jawatankuasa khas parlimen dan hendaklah menggunakan proses sepatutnya yang bebas tujuan politik serta diserahkan kepada kerajaan untuk dibentang secara tertib.

Semoga tanggungungjawab kita sebagai penggubal undang-undang melepasi sentimen dan emosi politik..

Parit Buntar mohon mencadang…Terimakasih.


Ulasan blog - Semalam ada yang tidak senang hati apabila blog ini menyiarkan hujah orang yang sudah meninggal dunia sebagai paparannya. Mereka nampaknya lupa bahawa Takiyuddin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu ketika menyokong juga memetik nama orang yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakob dari Sarawak yang mula-mula membentangkan Akta 355 pada tahun 1965 sebagai sandaran kepada seruan bahawa Ahli-Ahli Parlimen Sarawak seharusnya berbangga dan tidak menolak terhadap  akta yang diusulkan untuk pindaan oleh Hadi Awang melalui usul persendiriannya.

Kali ini, disiarkan pula "hujah tak jadi"  daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa yang sebenarnya sudah pun menyediakan teks ucapannya untuk berbahas berkenaan Akta 355 itu, malangnya tidak kesampaian kerana Speaker kononnya tidak mahu jadi "bloody fool" serta ingin banyak rehat lantaran tidak cukup tidur pada hari sebelumnya.

Ada terlihat Dr. Mujahid yang kini bersama Amanah menentang Akta 355?

Malah, terlihat beberapa cadangan untuk menambah-baik lagi pindaan tersebut telah dilontarkan oleh beliau dalam ucapan bahasnya.

Mudah-mudahan akhirnya, mereka yang suka dan hanya tahu menghukum, sedikit demi sedikit akan mendapat taufik dan hidayah daripada Allah. 

MENGIMBAS KEMBALI UCAPAN ALMARHUM NIK AZIZ MENOLAK PINDAAN AKTA 355 PADA 1984


Berikut adalah teks ucapan perbahasan oleh Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika membahaskan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 di Parlimen pada 11 Oktober 1984, Jam 4.48 ptg.

Tuan Yang di-Pertua,

Berhubung dengan Rang Undang-undang yang dikemukakan sekarang iaitu Rang Undang-undang Pindaan seksyen 2 Akta 23 tahun 1965, saya ingin menyebut sedikit pendahuluan iaitu bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang dikemukakan oleh Tuhan yang sama dengan Tuhan yang mencipta manusia. Islam itu telah mengadakan kaedah- kaedah untuk menjaga keselamatan kira manusia. 

Di antara kaedah-kaedah dan peraturan yang diciptanya ialah denda dan hukuman yang mesti dikenakan ke atas hamba-hambaNya yang bersalah. Bersalah mengikut nilai dan kaca mata ajaran Allah dan syariatnya. Mengikut Islam maka denda dan pembalasan yang dikena ke atas pesalah itu adalah dibahagi dua. 

Satu diberi nama "al-hudud", yang kedua diberi nama "al-takzirat",

"Al-hudud" bererti hukuman yang ditetap oleh Allah dan Rasulnya dan dia merupakan perintah tetap yang mesti dipatuhi, tak ada siapa yang boleh berdalih dan berdolak dalik kerana kuasaNya yang mutlak sebagai pencipta ataupun Al-khaliq maka kita sekelian bersama isi alam yang kena jadi dan kena cipta ini tidak ada pilihan lain kecuali terima dan patuh kerana kita menjadi hak kepunyaanNya. Dia berhak menghukum dan memerintah ke atas kita apa sahaja hukuman yang ditentukanNya.

Yang satu lagi yang diberi nama al-takzir iaitu hukuman-hukuman yang Allah berikan kita peluang untuk mengurus dan mengaturnya sendiri asalkan tidak lari dari tujuan mengawal dan menjaga muslihat lima perkara yang telah ditetapkan, iaitu akal fikiran, nasab atau titih barih, harta benda, agama dan maruah atau disebut air muka.

Tuan Yang di-Pertua, 

Saya katakan mukadimah ini sebagai mukadimah penting sebagai melahirkan tidak setuju saya yang amat sangat terhadap ucapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu membentangkan Rang ini. 

Beliau menyebut di halaman 68, walaupun Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menyekat kejadian jenayah di kalangan orang-orang Islam melalui usaha-usaha agama seperti dakwah, ceramah-ceramah agama dan penerangan-penerangan berhubung dengan Agama Islam, namun kes-kes kesalahan jenayah terus berlaku. 

Dari kata-kata itu bolehlah difahamkan bahawa kerja mendenda dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah itu bukan usaha agama bahkan yang disebut sebagai usaha agama itu hanya berkisar di atas dakwah, ceramah dan penerangan- penerangan berhubung dengan agama. 

Sedangkan menjatuhkan denda dan hukuman juga adalah agama sepertimana yang disebut sekejap tadi.

Tuan Yang di-Pertua, 

Rang pindaan yang kita bahaskan ini walaupun tidak disenaraikan butir-butir jenayah dan kesalahan yang akan dipergunakan Rang ini untuknya tetapi pada hemat saya tentunya terdiri dari hanya denda-denda kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam lingkaran altakzir sahaja, bukan al-hudud yang tidak boleh dipinda-pinda itu sekalipun negara kita masih meminda-mindanya.

Tuan Yang di-Pertua, 

Mengikut apa yang diketahui umum bahawa mana- mana kesalahan atau jenayah itu tidak akan dapat disekat dan tidak akan dapat dihapuskan dengan hanya penggunaan undang-undang sahaja kecuali serentak dengan itu disertakan sama usaha-usaha untuk menyekat dan menghapus semua sumber-sumber yang dikira boleh menjadi punca bagi berlakunya kesalahan dan jenayah tadi kerana Islam itu sendiri bergerak secara "syumul" sepertimana yang kita lakukan ke atas penghisap- penghisap dadah, dengan erti bukan sahaja orang yang menghisap dadah itu kita kenakan hukuman berat sampai mati, tetapi kita kenakan juga ke atas yang mengedar dan memproses dadah ataupun sebagainya, mereka pun kita kenakan hukuman berat juga sampai mati.

Lepas itu kalau juga berlaku, bolehlah disebut luar dari ikhtiar kita. Begitu jugalah keadaan kita sekarang, kesalahan khalwat, rogol, mengajar ilmu salah dan sebagainya selagi undang-undang sahaja kita pindakan dan hukuman sahaja yang kita beratberatkan, tetapi punca khalwat dan berdua-duaan secara bebas seperti yang ada semakin ketara wujudnya sekarang melalui perfileman, persuratan, nyanyi-nyanyian yang mengandungi senikata yang menghairah tambahan pula dengan video-video lucah, selagi punca-punca dan sumber-sumber kesalahan ini tidak dipinda selaras dengan pindaan Rang Undang-undang ini maka kejayaan yang diharap-harapkan adalah kabur dan tidak akan sampai ke mana-mana.

Untuk mencegah ajaran-ajaran palsu dan ilmu salah misalnya terdapat negeri-negeri yang tidak membenar langsung pensyarah-pensyarah agama yang bukan sebulu untuk memberi syarahan agama ditempatnya walaupun mereka datang dengan nama kumpulan yang dikenali tidak melibatkan diri dengan mana-mana pertubuhan yang diragui.

Akhirnya rakyat setempat terpaksa hidup dalam masyarakat terkurung dan dengan sendirinya mereka akan senang sahaja menerima apa sahaja ajaran didedah dan diajarkan kepada mereka walaupun gurunya mendakwa dirinya sebagai "Saidina Ali" atau wali Allah dan sebagainya. 

Saya minta supaya dibebaskan rakyat dari sekatan-sekatan mencari ilmu, berilah peluang kepada mereka mendengar, mengkaji dan bersoal jawab dengan mana-mana pensyarah, mana-mana penceramah yang berlandaskan Quran dan Hadis dengan sepenuhnya kerana itulah sahaja ajaran yang sebenar.

Kalau peluang yang begini masih dikenakan syarat-syarat yang ketat di bawah bermacam-macam nama dan istilah maka kesan dari undang-undang ini bukan sahaja tidak sampai ke mana-mana tetapi tambah menebalkan lagi kurungan dan pemisahan di antara masyarakat dan aktiviti ilmiah yang sebenar.

Tuan Yang di-Pertua, 

Akhir kata saya minta dengan pindaan-pindaan seperti ini tidaklah hanya setakat atau sekadar membawa taraf Mahkamah- mahkamah Syariah yang ada sekarang akan setanding dengan Mahkamah-mahkamah Majistret sepertimana kenyataan yang dibuat oleh pembentang Rang ini tetapi sepatutnya Yang Berhormat itu membuat kenyataan bahawa pindaan ini boleh menyatukan dua jenis kehakiman yang sedang berjalan sekarang, sivil dan syariah supaya menjadi satu corak kehakiman sahaja iaitu syariatullah sahaja. 

Sekian terima kasih.

Ulasan Blog - Dalam ucapan tersebut dapatlah difahami bahawa asas penolakan Almarhum Nik Aziz terhadap pindaan Akta 355 ketika itu ialah kerana hukuman yang dicadangkan dalam pindaan itu tidak mencapai hukuman yang diperuntukkan dalam Islam.

Soalnya, apakah hukuman yang dicadangkan kali ini sudah menepati kehendak Islam?

Adakah di dalam Islam, misalnya hukuman denda RM100 ribu?

Dalam masa yang sama, jika diperhatikan dalam pembentangan Hadi dan ucapan menyokong oleh Takiyuddin, kedua-duanya juga menyebut bahawa pindaan yang dicadangkan bukan hudud, sebaliknya hanya untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah sahaja.

Jadi, kenapa ada yang kecoh-kecoh dan mengaitkannya dengan rosak iman, gugur akidah, puasa sembahyang tak diterima jika menolaknya Akta 355 itu?

Lagi pun, pastikah juga UMNO akan menyokong dan mengundi usul Hadi itu kerana untuk membentangkannya pun mereka perlu memohon konsensus daripada parti-parti komponen BN terlebih dahulu, apakah untuk mengundi nanti mereka tidak perlu mendapatkan konsensus yang sama?




Demikianlah Artikel HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355

Sekianlah artikel HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HUJAH TAK JADI TENTANG AKTA 355 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/hujah-tak-jadi-tentang-akta-355.html

Subscribe to receive free email updates: