Judul : Jadikan pentas muktamar medan komitmen PAS laksana RUU 355 - Azman Shapawi
link : Jadikan pentas muktamar medan komitmen PAS laksana RUU 355 - Azman Shapawi
Jadikan pentas muktamar medan komitmen PAS laksana RUU 355 - Azman Shapawi
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 boleh melonjakkan sokongan rakyat kepada PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani berkata kepimpinan parti pelbagai peringkat perlu menggunakan pentas muktamarnya menunjukkkan komitmen parti berteraskan Islam itu.
"Saya nampak untuk melonjakkan PAS pada pilihan raya umum akan datang isu RUU 355 adalah salah satu perkara yang penting untuk menunjukkan kepada masyarakat Malaysia komitmen PAS yang sangat tinggi untuk laksanakan RUU 355 di peringkat negeri.
"Walaupun menghadapi cabaran begitu banyak hampir dua tahun (menanti) dengan perbahasan di Parlimen dan kemudian ditangguhkan sehingga persidangan akan datang pada Julai nanti," katanya kepada Antarapos.
Tegas beliau lagi, PAS juga akan menggerakkan jentera bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat mengenai RUU 355 yang dibentangkan di Parlimen minggu lepas.
"Tapi ini komitmen kita yang sentiasa membuat hebahan kepada rakyat," katanya.
RUU 355 dan isu tahaluf siyasi PAS bersama PKR adalah antara perkara bakal dibincangkan pada Muktamar PAS yang akan berlangsung akhir bulan ini.
Untuk rekod usul RUU 355 dibentangkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS pada hari terakhir Parlimen bersidang, minggu lalu.
Selain itu Azman Shapawi menganggap usul tahaluf siyasi dengan PKR bukan isu yang perlu diberikan keutamaan dalam muktamar.
"Manakala isu nak putus dengan PKR saya rasa ia bukan isu yang utama dan bukan fokus utama kita.
"Tapi ia berdasarkan kepads usul-usul daripada perwakilan, kalau ia menerima usul yang banyak mungkin boleh jadi perkara utama juga yang akan dibincangkan dalam muktamar akan datang," katanya.
Muktamar PAS akan berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei.
Demikianlah Artikel Jadikan pentas muktamar medan komitmen PAS laksana RUU 355 - Azman Shapawi
Sekianlah artikel Jadikan pentas muktamar medan komitmen PAS laksana RUU 355 - Azman Shapawi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jadikan pentas muktamar medan komitmen PAS laksana RUU 355 - Azman Shapawi dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/jadikan-pentas-muktamar-medan-komitmen.html