Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini!

Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini! - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini!
link : Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini!

Baca juga


Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini!

Putrajaya - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai tidak lagi membeli dan menggunakan produk kosmetik Tati Skincare Krim Malam dan Krim Rawatan serta Moleek Skincare Krim Anti Pigmen yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

"Dua produk kosmetik ini mengandungi hydroquinone dan tretinoin serta merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

"Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik ini juga diberi amaran untuk menghentikan sebarang penjualan dan pengedaran produk terbabit dengan serta merta," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, penjualan dan pengedaran produk kosmetik yang mengandungi jadual beracun ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

"Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Malah, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.


Demikianlah Artikel Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini!

Sekianlah artikel Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Beli Atau Guna Produk Kosmetik Ini! dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/jangan-beli-atau-guna-produk-kosmetik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :