Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas

Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas
link : Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas

Baca juga


Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas

MALAYSIA DATELINE

Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.Jangan sampai orang kata kebuloq sayangkan jawatan, kata Mahfuz Omar kepada Pas.

Ahli parlimen Pas meminta pimpinan parti itu agar jangan sampai dilihat 'kebuloq' (gila) hendakkan jawatan apabila memutuskan hubungan dengan PKR tetapi mahu kekal dalam kerajaan negeri Selangor yang menteri besarnya adalah pemimpin PKR.

Ahli parlimen Pas dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau dari awal lagi mahu Pas mengekalkan hubungan dengan parti pembangkang yang lain khasnya PKR.

"Tetapi kalau sudah kita buat keputusan putus dengan PKR, kita kena keluarlah dari kerajaan negeri Selangor. Kalau kita kekal dalam kerajaan negeri Selangor, nanti orang kata kita 'kebuloq' nak jawatan," kata bekas naib presiden dan ketua penerangan Pas itu.

Mahfuz tidak bersetuju dengan kenyataan ketua pemuda Pas yang baru Mohamad Khalil Abdul Hadi yang berkata Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor walaupun memutuskan hubungan dengan PKR.

"Exco Selangor dilantik atas cadangan menteri besar. MB adalah dari PKR. Bila sudah putus hubungan dengan PKR, kena berundurlah.

"Rakyat hanya melantik Adun dan ahli parlimen tetapi exco dilantik atas nasihat dan cadangan MB bukan oleh rakyat," kata Mahfuz.

Mahfuz mengingatkan Khalil, yang kebetulan anak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ketika Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar beliau hanya melantik tiga exco Pas sahaja.

Ia berbeza dengan bilangan exco Pas ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi menteri besar iaitu empat orang.
"Ini menunjukkan nak lantik exco dan bilangannya berapa bergantung kepada menteri besar bukan ditentukan oleh rakyat," katanya.

Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Pemuda Pas di Alor Setar kali ini telah meluluskan usul agar Pas memutuskan hubungan dengan PKR.

Usul itu diserahkan kepada kepada Majlis Syura Pas untuk dibuat keputusan akhir sebelum dilaksanakan.
Khalil ketika sidang media mengumumkan, Pas tidak perlu keluar dari kerajaan negeri Selangor kerana exco bukan dilantik oleh PKR atau DAP.



Demikianlah Artikel Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas

Sekianlah artikel Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan sampai dilihat 'kebuloq' sayangkan jawatan, kata MP kepada Pas dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/jangan-sampai-dilihat-kebuloq-sayangkan.html

Subscribe to receive free email updates: