'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung'

'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung'
link : 'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung'

Baca juga


'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung'

Kuala Lumpur - Dua remaja didakwa didiskriminasi oleh sebuah hotel bertaraf lima bintang di Petaling Jaya ketika menjalani temuduga, semata-mata kerana mereka bertudung.

Salah seorang mangsa, Nur Elyna Hasan, 22, berkata, dia dan rakannya, Norfazliana Mohd. Nasir, 22, berasa sangat kecewa dengan tindakan pengurusan hotel berkenaan kerana syarat tidak bertudung tidak dinyatakan sebagai salah sayu kriteria dalam iklan pemilihan bagi jawatan penyambut tetamu yang ditawarkan.

“Sebaik sahaja memasuki bilik temuduga, panel yang merupakan seorang wanita bukan Melayu berkata untuk jawatan yang ditawarkan, calon tidak boleh mengenakan tudung. Dia tanya, jadi, awak hendak teruskan ataupun tidak?

“Kalau hendak kerja, awak kena buka tudung khususnya di hotel seperti ini. Apabila saya cakap tidak mahu buka, panel itu langsung tidak mahu meneruskan proses temuduga berkenaan. Nasib saya turut dialami rakan saya dan beberapa calon Melayu beragama Islam lain yang bertudung,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Elyna yang kini bekerja sebagai guru taska berkata, dia berasa terkejut dan marah dengan layanan diterimanya apatah lagi tindakan itu dilakukan di negara ini.

“Dalam borang permohonan tak ada dinyatakan semua ini tapi bila pergi temuduga semua benda yang diminta tidak diperiksa, lain pula yang jadi.

“Saya rasa kecewa dengan tindakan kurang profesional pihak pengurusan hotel. Bayangkan jika ada calon yang dari jauh datang ke sini untuk temuduga tetapi akhirnya ‘dihalau’ keluar tidak sampai lima minit pun ditemuduga bagaimana?”

“Saya berharap agar penindasan secara halus ini dapat dihentikan dan pihak berwajib mengambil maklum perkara ini. Jika tidak, golongan ini akan terus mengambil kesempatan daripada situasi seperti ini,” tegasnya.


Demikianlah Artikel 'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung'

Sekianlah artikel 'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Kalau Hendak Kerja, Awak Kena Buka Tudung' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/kalau-hendak-kerja-awak-kena-buka-tudung_17.html

Subscribe to receive free email updates: