Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ?

Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ?
link : Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ?

Baca juga


Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ?

 
 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memberi bayangan bahawa Mahkamah Syariah akan dihapuskan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14.


Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP menolak Rang Undang-Undang (RUU)
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau dikenali sebagai RUU 355 kerana dakwanya RUU 355 itu telah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

“Kami (DAP) tidak bersetuju dengan RUU 355 kerana ia tidak berpelembagaan.

“Tidak boleh ada satu (dalam) negara (ada) dua sistem perundangan (mahkamah sivil dan mahkamah syariah).

“RUU 355 menunjukkan dua perundangan kerana membolehkan hukuman penjara 30 tahun yang lebih berat daripada undang-undang sekarang dan sebatan 100 kali,”katanya dalam satu sidang media.

Guan Eng berkata demikian sebagai mengulas kejayaan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian RUU 355 di Dewan Rakyat pada 6 April.

Menerusi ucapannya, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul RUU 355 itu hanya terpakai buat golongan Islam dan masyarakat bukan Islam tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pindaan berkenaan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa sejak 52 tahun dulu belum ada orang bukan Islam dikenakan hukuman mahkamah syariah.

“Oleh itu, kita mohon orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tiada kaitan dengan pindaan ini,” katanya.

Abdul Hadi turut memaklumkan bahawa usul RUU 355 adalah bagi memperkasakan mahkamah syariah yang bidang kuasanya amat terhad pada waktu ini.

Beliau berkata, hukuman sedia ada adalah amat ketinggalan memandangkan kali terakhir ia dipinda adalah pada tahun 1984.

“Sebagai contoh, pada masa kini, sekiranya seorang suami Muslim yang meninggalkan anak serta isteri tanpa nafkah hanya perlu membayar denda tidak lebih RM5,000 sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan.

“Ia amat rendah (hukuman mahkamah syariah) jika dibanding dengan mahkamah sivil.

“Di manakah kaum wanita nak mendapat pembelaan jika ia (RUU 355) tidak dipinda,” katanya.

 LIHAT VIDEO DI SINI




Demikianlah Artikel Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ?

Sekianlah artikel Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Guan Eng Beri Bayangan Mahu Hapus Mahkamah Syariah ? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/lim-guan-eng-beri-bayangan-mahu-hapus.html

Subscribe to receive free email updates: