Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru

Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru
link : Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru

Baca juga


Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Datuk Seri Khairudin Abu Hassan menafikan partinya 'merampas' Parti Generasi Baru (NewGen Party). 
      
Jelas Khairuddin, parti yang diasaskan bersama  Datuk Mohd Ezam Mohd Nor itu telah mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum menukar nama daripada Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah.   
 
Malah ujar Khairuddin, proses pertukaran itu juga telahpun selesai. 
 
"Tetapi apa yang saya boleh katakan, segalanya telah dilakukan mengikut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). 
 
"Saya tidak mahu membuat apa-apa komen lagi tetapi InsyaAllah saya akan keluarkan satu kenyataan dalam masa yang terdekat," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini. 
 
Tambahnya, perkara itu sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak untuk mencetuskan masalah.
 
"Jangan risau mengenai tindakan penyangak Huan Cheng Guan itu. Dia itu tiada kerja apa sekarang ini, kerja dia hanya duduk kacau orang," katanya, merujuk kepada Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM). 
 
Huan sebelum ini kerapkali melontarkan kritikan terhadap PBR, selain mempersoalkan kewajaran penubuhan parti baru itu.   
 
Khairuddin bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu dan berkata akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
 
Terdahulu hari ini kepimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party) mendakwa Khairuddin dan Ezam merampas parti berkenaan dan menukar namanya kepada Parti Bebas Rasuah (PBR).
 
Presidennya, Datuk G Kumar dalam satu sidang media hari ini mendakwa pertukaran itu dilakukan tanpa pengetahuannya, selain tidak melalui mesyuarat atau notis serta tanpa persetujuan lebih 300 ahli.
 
Ujar Kumar, pengumuman yang dilakukan pada hujung Mac lalu oleh S.Gobi Krishnan, salah seorang pengasas PBR, adalah satu perlanggaran perlembagaan parti ekoran melantik jawatankuasa baharu tanpa memberi notis panggilan mesyuarat kepada Presiden.
 
Malah katanya, Gobi Krishnan juga telah digantung keahliannya sebagai Setiausaha Agung Parti Generasi Baru pada bulan lalu.
 
Terdahulu pada 31 Mac lalu, Gobi Krishnan mengumumkan pertukaran nama Parti Generasi Baru (NewGen Party) kepada Parti Bebas Rasuah (PBR), selain turut mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa eksekutif pusat yang baharu.
 
Menurut Gobi Krishnan, perubahan tersebut telah dikemukakan kepada RoS.
 
 


Demikianlah Artikel Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru

Sekianlah artikel Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parti Bebas Rasuah nafi 'rampas' Parti Generasi Baru dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/parti-bebas-rasuah-nafi-rampas-parti.html

Subscribe to receive free email updates: