PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany

PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany
link : PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany

Baca juga


PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS ada hak untuk tidak mahu semeja dengan Pakatan Harapan (PH), namun parti itu tidak boleh menidakkan hak Amanah untuk turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), demikian ujar Ketua Pemudanya, Sany Hamzan.
 
Jelasnya, sejak awal penubuhan PH lagi, Amanah sering mengajak PAS mengadakan rundingan namun tidak disambut oleh parti itu. 
 
"Pada saya, isu tiga penjuru ini PAS sebenarnya yang kena jawab. Isu tiga penjuru ataupun dua penjuru sebab daripada awal lagi kita jemput PAS untuk bersama-sama bincang setelah terkuburnya Pakatan Rakyat. 
 
"Dan apabila kita tubuhkan PH itu sendiri, kita sama-sama menjemput PAS duduk untuk berbincang soal bincang kerjasama politik terutamanya dalam isu berkaitan dengan Pilihan Raya ini," katanya kepada Antarapos. 
 
Dalam pada itu kata Sany, PAS tiada hak untuk menyekat mana-mana parti untuk bertanding kerana ia amalan dalam sistem demokrasi.
 
"Itu hak PAS lah bila dia menyebutkan dia tidak mahu untuk bekerjasama dengan kita (Pakatan Harapan). 
 
"Dan hak dia jugalah untuk menghalang kita daripada masuk bertanding di 80 kerusi yang disebutkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama. Cuma dalam negara kita ini, negara yang mengamalkan amalan sistem demokrasi dan kita dibenarkan untuk bertanding atas nama PH. 
 
"Kita akan bertanding sebagaimana saya sebutkan tadi di 222 kerusi Parlimen yang terdapat dalam negara kita dan juga seluruh kerusi DUN dalam negara kita," katanya. 
 
Sany turut berkata PAS sepatutnya 'mendengar' saranan bekas Naib Presiden mereka, Datuk Mahfuz Omar untuk tidak bongkak dalam percaturan parti dan duduk berunding dalam menghadapi pilihan raya.
 
"Kalau lah betul-betul kita nak menumbangkan Umno, Barisan Nasional mari kita. Mari kita berpakat," katanya lagi.  
 
Semalam, Ketua Penerangan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak 'mengacau' di 80 kerusi yang akan ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Khairuddin berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.
 
 


Demikianlah Artikel PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany

Sekianlah artikel PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS tak boleh menidakkan hak Amanah untuk bertanding PRU14 - Sany dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/pas-tak-boleh-menidakkan-hak-amanah.html

Subscribe to receive free email updates: