PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah

PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah
link : PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah

Baca juga


PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS tiada hak untuk memberi amaran atau menyekat mana-mana parti pembangkang lain untuk turut bertanding di 80 buah kerusi yang ingin ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, demikian kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.
 
Beliau membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) agar tidak 'mengacau' 80 kerusi tersebut bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika PAS menentang Umno.
 
“Itu hak siapa-siapa sahaja dalam masyarakat demokrasi untuk bertanding, malah calon bebas pun boleh bertanding dalam negeri ini, tak kan dia tak faham demokrasi, dia tiada hak untuk memberi amaran kepada kami atau sesiapa.
 
”Empat penjuru, lapan penjuru pun nak buat macam mana kalau dia dah memilih begitu, dia yang tidak mahu bersatu di bawah pembangkang, dalam pakatan, jadi apa boleh buat, dia dah lebih dekat dengan Umno, dia dah jadi jurucakap Umno dah sekarang ni,” ujar Anuar ketika dihubungi Antarapos.
 
Sebelum ini, Khairuddin ‘berpesan’ kepada parti-parti di dalam PH, termasuk Amanah agar tidak turut serta dalam kerusi yang bakal ditandingi PAS.
 
Beliau juga mempersoalkan sama ada PKR dan DAP bakal memberikan laluan kepada Amanah di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi PAS pada PRU lepas.
 
Anuar dalam pada itu turut berasa hairan dengan keyakinan PAS untuk memenangi 80 kerusi yang bakal ditandingi parti itu.
  
“Kalau nak meramalkan, saya pun rasa hairan jugak lah, masa bersama dalam pakatan dulu, kita waktu tu dalam PAS bertanding berapa puluh kerusi, tetapi yang menangnya cuma beberapa sahaja.
 
“Dia (PAS) dah memilih jalan tu, kita dah pujuk, semua pihak dah dekat dengan dia , dah mengajak berapa bulan dah, so kalau dia berkeras begitu, buat lah,” katanya lagi
 
 


Demikianlah Artikel PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah

Sekianlah artikel PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS tiada hak beri amaran soal kerusi, kata Amanah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/pas-tiada-hak-beri-amaran-soal-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: