Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan

Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan
link : Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan

Baca juga


Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan

Ayer Keroh - Datuk Seri Najib Razak menuntut kesetiaan dalam kalangan penjawat awam bagi membolehkan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berjaya.

Perdana Menteri berkata, prinsip kesetiaan penting dan wajib kerana penjawat awam sudah mengangkat sumpah menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

"Maka dengan itu, wajib bagi kita (penjawat awam) mendokong dan setia kepada kerajaan sedia ada, selain mempunyai semangat kebersatuan sesama kita, dalam erti kata lain berada dalam satu keluarga menuju ke arah satu matlamat.

"Budaya melaga-lagakan sesama kita perlu dielak dan dihapuskan. Sejarah sudah membuktikan budaya seperti ini boleh meruntuhkan negara seperti mana berlaku antara Tun Mutahir dan keluarga Tun Perak yang menyebabkan runtuhnya empayar Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.


Majlis disertai kira-kira 10,000 penjawat awam itu turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar.

Najib berkata, kerajaan mempunyai impian yang besar untuk negara dan ia mampu dilaksanakan apabila penjawat awam menjadi penyampai yang baik dan berkesan kepada rakyat.

"Sebab itu saya tekankan sistem penyampaian dalam kalangan penjawat awam itu penting bagi membolehkan setiap perancangan besar yang dirangka kerajaan untuk negara menjadi kenyataan.

"Antara perancangannya, termasuk projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang pastinya akan melalui Melaka seperti mana yang diminta oleh Datuk Seri Idris untuk rakyat negeri ini," katanya.



Demikianlah Artikel Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan

Sekianlah artikel Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat Awam Dituntut Setia Kepada Kerajaan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/penjawat-awam-dituntut-setia-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: