Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14

Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14 - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14
link : Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14

Baca juga


Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Rafizi Ramli berkata beliau adalah pemimpin pembangkang Melayu pertama yang memenangi kerusi Parlimen Pandan dengan majoriti yang tinggi, justeru tidak gentar untuk terus bertanding di kawasan tersebut.
 
Rafizi berkata beliau berasa lucu dengan cabaran Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sukri Omar  yang mencabarnya menjadi 'anak jantan' dan terus bertanding di Parlimen Pandan.
 
"Saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atau 67 peratus undi popular).
 
"Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli Parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS," ujarnya menerusi kenyataan medianya hari ini.
 
Pun begitu ujar Rafizi, beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya akan datang selepas didakwa di mahkamah selepas membongkarkan beberapa kes penyelewengan membabitkan pentadbiran negara ini.
 
"Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.
 
"Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!
 
"Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.
 
"Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang," ujarnya.
 
Terdahulu Sukri mencabar Rafizi terus bertanding di Parlimen Pandan dan berdepan dengan jentera pilihan raya PAS pada pilihan raya akan datang.
 
Rafizi menjadi sasaran Perwakilan Pemuda PAS Selangor itu, selepas cuba mengaitkan partinya dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Namun, Rafizi dalam kenyataan hari ini terus mengaitkan parti itu dengan dana awam itu.
 
"Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari perdana menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Najib," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14

Sekianlah artikel Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi berasa lucu wakil Pemuda PAS Selangor cabarnya bertanding PRU14 dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/rafizi-berasa-lucu-wakil-pemuda-pas.html

Subscribe to receive free email updates: