Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa
link : Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

Baca juga


Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

 MALAYSIA DATELINE | Foto WAN ZAHARI SALLEH

Rafizi (tiga dari kiri) ketika menyerahkan akuan berkanun kepada SPRM di Putrajaya pagi tadi. Turut kelihat pengarah strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.Rafizi (tiga dari kiri) ketika menyerahkan akuan berkanun kepada SPRM di Putrajaya pagi tadi. Turut kelihat pengarah strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli lebih sensitif dengan soal dosa dan pahala kerana lantang mendedahkan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan yang dilakukan pemerintah berbanding presiden dan ketua pemuda Pas.

Pengerusi Biro Undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Hanipa Maidin berkata, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan turut rajin hadir ke parlimen untuk berbahas dan bercakap benar meski pun berdepan dengan MO1 (Malaysian Official 1).
 
Hanipa mengulas kenyataan ketua pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyokong kenyataan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa 'Rafizi tidak kisah soal dosa dan pahala' apabila mendakwa seorang yang rapat dengan pemimpin Pas menerima wang 1MDB bagi pihak parti itu.

"YB Rafizi lah yang lebih awal sensitif dosa dan pahala.

"Ketua Pemuda Pas Pusat merangkap MP Pasir Mas, yang nampaknya jauh sangat perangai dgn arwah bapanya Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan di Malaysiakini dan Free Malaysia Today menyerang YB Rafizi Ramli.

"Beliau dilaporkan berkata yang ia setuju dgn kenyataan Presiden Pas kononnya YB Rafizi tak kisah soal dosa dan pahala.

"Maaf, saya berbeza pendapat. Bagi saya, YB Rafizi lah yg begitu sensitif dosa dan pahala sebab itu beliau lantang dan tidak takut dedah rasuah, salah guna kuasa dan banyak penyelewengan pihak yang ada kuasa.
"Jika nak harap Presiden Pas atau Ketua Pemuda Pas berani macam YB Rafizi bolehlah ibarat kita tunggu 'ikan keli tumbuh sisik'," ujarnya sinis di laman Facebook.

Rafizi menerima kecaman para pemimpin Pas kerana pada sidang media di Parlimen 6 April lalu mendakwa parti itu turut mendapat dana 1MDB yang diselewengkan daripada orang tengah yang rapat dengan pemimpin Pas.

Semalam beliau mendedahkan individu tersebut sebagai bekas timbalan presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa.

Naib presiden Pas Idris Ahmad mengesahkan Nasharudin masih lagi menganggotai Pas walaupun dilucutkan daripada jawatan ahli majlis syura parti itu beberapa tahun lalu.

Hari ini Rafizi mengemukakan akuan berkanun kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya berhubung dakwaan beliau dan memohon SPRM membuka kertas siasatan.



Demikianlah Artikel Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa

Sekianlah artikel Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding presiden Pas, kata Hanipa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/rafizi-lebih-sensitif-soal-dosa-pahala.html

Subscribe to receive free email updates: