RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib

RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib
link : RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib

Baca juga


RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini enggan memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak bersabit video dimuat naik di Facebook yang mendakwa kerajaan mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355.
 
“Saya dengan ini berpegang kepada komen saya. Oleh itu, saya tidak akan menarik balik kenyataan itu, atau mengeluarkan video tersebut, mahupun membuat permohonan maaf terbuka kepada perdana menteri ataupun membayar pampasan kepada Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Petang semalam, peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun menyerahkan surat tuntutan Najib atas kapasiti peribadinya kepada Pua, mendakwa pemimpin DAP itu membuat kenyataan fitnah di bawah tajuk “BN Govt Abandons all Bills to give precedence to PAS’ RUU355 Private Member’s Bill”.
 
Ia dimuat naik sejurus selepas pembentangan RUU 355.
 
Penyerahan surat itu turut dirakamkan kru TV3 yang tiba di pejabat Pua.
 
“Bertentangan dengan kenyataan fitnah anda, anak guam kami bukannya kleptokrat yang zalim dan menindas serta mengelak kritikan, atau pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah atau mencuri wang rakyat,” menurut surat tuntutan itu, yang memberi Pua 7 hari menerbitkan permohonan maaf sepenuhnya disiarkan dalam dua akhbar dan mengeluarkan video tersebut dengan serta merta.
 
“Dakwaan palsu dan tidak berasas sama sekali oleh anda itu bertujuan meremehkan kedudukan tinggi politik anak guam kami, reputasi baik beliau di dalam negara dan antarabangsa. Dengan berbuat demikian, anda bertindak dengan berniat jahat,” katanya.
 
Pua hari ini berkata apa yang dimuat naik olehnya adalah berasaskan “fakta yang tidak dipertikaikan”.
 
 


Demikianlah Artikel RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib

Sekianlah artikel RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355: Pua enggan mohon maaf kepada Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/ruu-355-pua-enggan-mohon-maaf-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: