Judul : SAH UMNO SEMAKIN PARAH
link : SAH UMNO SEMAKIN PARAH
SAH UMNO SEMAKIN PARAH
shahbudindotcom
UMNO akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-71 pada 11 Mei mendatang dan oleh kerana pilihanraya paling mencabar baginya untuk terus mengekalkan kuasa juga akan diadakan pada bila-bila masa, majlis sambutan kali ini mahu dibuat secara besar-besaran dan paling meriah sekali.
Di sebalik Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak terpalit dengan skandal kewangan paling besar di dunia yang barangkali tidak pernah terbayangkan oleh Onn Jaafar ketika menubuhkan UMNO dahulu atau juga oleh mana-mana Presiden parti kemudiannya yang mana perlakuan tersebut telah menyebabkan hilangnya rasa keyakinan, parti itu tetap mahu menunjukkan ia tetap dekat serta melekat di hati rakyat.
Untuk itu, sambutan kali ini dibuat dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah paling lumayan dalam sejarah. Dikhabarkan enam buah kereta dan 10 motorsikal yang anggarannya bernilai RM1 juta akan menanti ahli-ahli UMNO yang bernasib baik dengan syarat mereka mesti hadir ke majlis sambutan ulangtahun yang diadakan itu nanti.
Syarat lain untuk layak menyertai cabutan bertuah ialah diwajibkan sudah berdaftar sebagai pengund yang sah.
Wahhh...satu lagi sejarah baru tercipta untuk UMNO.
Selain buat pertama kali dalam sejarah ada Presiden UMNO pernah menerima kemasukan wang sebanyak RM2,600 juta (maklumat antarabangsa lain kemudian mendedahkan angka itu mencecah RM4,000 juta) melalui akuan bank peribadi, tawaran hadiah yang ditawarkan sempena sambutan ulangtahun ke-71 ini juga merupakan satu lagi sejarah.
Barangkali hanya UMNO dalam dunia ini yang pernah menawarkan hadiah sehingga RM1 juta semata-mata untuk menggamit kehadiran ahli-ahli sendiri memeriahkan majlis yang diadakannya.
UMNO yang falsafahnya sekarang lebih kepada "cash is king" sejak dipimpin oleh Najib, mungkin berbangga dapat menawarkan hadiah selumayan itu, tetapi hakikatnya ia dengan sendiri menunjukkan kepada dunia bahawa parti itu semakin rosak, parah dan menunggu masa untuk binasa.
Seharusnya kehadiran ahli dalam mana-mana program, apatah lagi majlis ulangtahun, adalah dirangsang oleh semangat perjuangan dan rasa kecintaan, ditambah dengan perilaku serta kewibawan pemimpinnya yang boleh diharapkan sebagai tunjang kekuatan, namun kini ia terpaksa beralih dengan bersandarkan kepada wang dan tawaran lumayan.
Tanpa keraguan, bolehlah disimpulkan bahawa UMNO kini sedar jika tanpa tawaran lumayan yang digula-gulakan, tiada lagi ahli-ahlinya yang sanggup turun untuk memeriahkan sambutan di mana-mana program yang diadakan.
Syarat-syarat yang diwajibkan untuk layak menyertai cabutan bertuah kali ini saja sudah cukup untuk mengesahkannya.
Akhirnya, yang hadir nanti bukan saja kosong semangat perjuangan dan kecintaan, malahan yang lebih diharapkan ialah hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan.
Tidak mustahil ada yang tiba-tiba menyertai UMNO semata-mata untuk mengharapkan hadiah kemenangan cabutan bertuah berkenaan berikutan kesusahan dan desakan hidup sehingga tidak mampu memiliki kenderaan, sedangkan keinginan dan gelodak jiwa mereka ialah negara memang perlukan perubahan.
Demikianlah Artikel SAH UMNO SEMAKIN PARAH
Sekianlah artikel SAH UMNO SEMAKIN PARAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAH UMNO SEMAKIN PARAH dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/sah-umno-semakin-parah.html